> Cemerlang! UTHM tempa sejarah terima 'ASEAN Outstanding Invention and Innovation Award’ di IPITEX 2019
Cemerlang! UTHM tempa sejarah terima 'ASEAN Outstanding Invention and Innovation Award’ di IPITEX 2019
SURIAYATI BAHAROM, UTHM Khamis | 7 Februari 2019

BANGKOK – Tuah kolaborasi antara Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr. Nofaiza Fuad (Ketua Penyelidik) dengan Kolej Poly-Tech Mara Batu Pahat serta Universiti Teknologi MARA (UiTM) membuahkan hasil apabila dinobat sebagai penerima ASEAN Outstanding Invention and Innovation Awards dengan projek Development Of A 3D EEG Feature Extraction For Brain Balanced Index (BBI) Using Artificial Neural Network (ANN), sekali gus menewaskan 600 peserta dari seluruh dunia dalam pertandingan Bangkok International Intelectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEX2019).

Pertandingan anjuran National Research Council of Thailand bertempat di Bangkok International Trade and Exhibition (BITeX) yang berlangsung pada 2 hingga 6 Februari lalu disertai oleh 25 negara terdiri daripada negara-negara maju dan membangun seperti Thailand, Taiwan, China, Iran, Singapura, Romania, Indonesia, Sri Lanka, Hong Kong, Korea, Rusia, Poland, Macau dan Sudan.

Dr. Norfaiza ketika menerima anugerah ditemani suami, Mohd Erwandi Marwan merangkap salah seorang ahli kumpulannya serta anak mereka. (FOTO UTHM)

Menurut Dr. Norfaiza, hasil inovasi ini merupakan pembangunan algorithma dan sistem yang mengesan corak gelombang otak manusia dengan menggunakan metodologi Brain Balance Index dan Artificial Neural Network (ANN).

"Pembangunan algoritma adalah asas kepada mana-mana aplikasi yang menggunakan corak gelombang otak. Antara aplikasi penggunaan ini adalah untuk mengesan beberapa parameter dalam potensi perkembangan insan," jelasnya.

Pertandingan tersebut turut menyaksikan pasukan UTHM berjaya merangkul dua anugerah emas dan satu perak.

Dr. Norfaiza berjaya merangkul pingat emas bagi projek Development of 3D EEG Feature Extraction for Brain Balanced Index Using Artificial Intelligent dan pingat emas bagi projek bertajuk MySign: A wireless wearable sign language translator device yang diketuai Dr. Radzi Ambar daripada FKEE.

Anugerah dijadikan motivasi untuk terus berinovasi. (FOTO UTHM)

Manakala pingat perak pula dirangkul Mohd Helmy Abd Wahab juga dari FKEE bagi projek Portable Dwi Switch Home Electrical Appliances Control System using Mobile Apps for Elderly and Disabled People.

Tambah Dr. Norfaiza selaku ketua kontinjen UTHM, kejayaan sebagai penerima ASEAN Outstanding Award adalah satu pencapaian terbesar untuk permulaan 2019 ini kerana UTHM merupakan wakil tunggal daripada Malaysia yang menerima anugerah khas tersebut.

“Anugerah ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada kami selaku penyelidik untuk terus berinovasi walaupun tugas mengajar tetap menjadi keutamaan. Kejayaan ini adalah kejayaan bersama dan akan menaikkan lagi semangat kami untuk sentiasa kreatif dalam berinovasi,” katanya lagi.
Piala dan medal yang diperoleh wakil UTHM di IPITEX2019. (FOTO UTHM)

Untuk rekod, pertandingan ini bertujuan menghimpunkan para pencipta dari seluruh dunia dengan informasi komprehensif dalam penciptaan secara komersil, maklumat paten dan pemindahan teknologi.

Sasaran pertandingan ini adalah kepada pihak pengeluar, pencipta, pengedar, firma perlesenan dan sektor pendidikan yang mengetengahkan hasil penyelidikan dan inovasi.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
PASUKAN UTHM Everest Golden Quarter yang terdiri daripada tujuh pelajar bersama seorang pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia...
Bagi melahirkan pelajar seimbang dalam akademik dan kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mewujudkan kursus kokurikulum berkredit (KKB) yang wajib disertai setiap...
BATU PAHAT – Teruja untuk merasakan pengalaman berkhidmat kepada masyarakat di luar negara adalah salah satu respons daripada salah seorang dari 20 peserta program Mobiliti...
BATU PAHAT- Profesor Madya Dr. Afandi Ahmad dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 15 November ini hingga 14...
KOREA SELATAN - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui projek Direct Recycling-Hot Press Forging oleh Dr. Nurkamilah Yusuf dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan...
BATU PAHAT - Lima Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih penarafan bintang di Annual Productivity & Innovation Conference...