> SEL KL > Prof Mohammed Abullais dilantik penyandang Kursi Jamalullail
Prof Mohammed Abullais dilantik penyandang Kursi Jamalullail
BERNAMA Jumaat | 8 Februari 2019

KUALA LUMPUR - Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Mohammed Abullais telah dilantik sebagai Penyandang Kursi Jamalullail.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Prof Mohammed pada satu majlis khas yang diadakan di UIAM di sini.

Sebagai penyandang kursi tersebut, Prof Mohammed yang merupakan pensyarah di Jabatan Pengajian Quran dan Sunnah UIAM akan menerima geran penyelidikan untuk menjalankan kajian dalam bidang pengajian Islam.

Sejumlah 50 biasiswa juga akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang mengikuti pengajian peringkat ijazah kedoktoran di UIAM di bawah inisiatif tersebut.

Dalam titah ucapan pada majlis itu, Tuanku Syed Sirajuddin menitahkan bahawa pelajar yang mendapat manfaat daripada penubuhan kursi itu, sama ada dari negeri Perlis atau negara lain di dunia, perlu memikirkan untuk menyelesaikan pelbagai isu intelektual dan masalah masyarakat.

Baginda bertitah, mereka harus mengelakkan sebarang penglibatan dalam ideologi ekstrem dan sebarang salah guna agama demi fanatisisme.

"Mereka perlu menyerlahkan personaliti dinamik yang telah ditampilkan oleh para sarjana kita dalam menghormati dan mendukung biasiswa yang unggul.

"Beta berharap, dengan mengamati sikap ini, anda akan membawa lebih banyak faedah kepada ummah dan menjadikan usaha ini sebagai contoh di peringkat global," titah baginda.

Prof Mohammed, 66, yang telah berkhidmat dengan UIAM selama 26 tahun, adalah seorang sarjana tersohor yang telah menghasilkan banyak penulisan akademik mengenai Islam.

Penulisan beliau juga telah diterbitkan dalam beberapa jurnal antarabangsa.

Kursi Jamalullail adalah inisiatif di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertujuan untuk mempromosikan penyelidikan dan pengajian khusus dalam bidang pengajian Islam, Perbankan dan Kewangan Islam Pengajian Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, Pelancongan Islam dan Pendidikan Awal Kanak-kanak. - Bernama.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
GOMBAK - Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak menerima Anugerah Profesor Emeritus Universiti Sains Malaysia (USM) pada Majlis...
GOMBAK - YB Dr. Maszlee Malik, Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengumumkan pelantikan tiga Timbalan Rektor UIAM yang baharu berkuatkuasa pada 1 Oktober...
SHAH ALAM - Seramai 40 orang warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1440...
GOMBAK - Organisasi bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) akan menerima Anugerah Merit Ibnu Khaldun 2018 (2018 Ibnu Khaldun Merit Award) pada sidang satu...
GOMBAK - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini bersama-sama menyambut World CleanUp Day 2018. Majlis sambutan ini dirasmikan oleh Rektor UIAM, Prof Tan Sri...
PERLIS - Pelajar bidang Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Fatin Azzahra Lokman dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Siswa Peringkat Kebangsaan 2017 yang...