> SEL KL > Inovasi IKTBN Sepang terima dua anugerah di Bangkok
Inovasi IKTBN Sepang terima dua anugerah di Bangkok
NUR NADIA BACHOK Jumaat | 8 Februari 2019

BANGKOK - Usaha meningkatkan imej IKTBN Sepang selaku pengendali latihan TVET berjaya tercapai apabila buat kali ketiga di peringkat antarabangsa, projek inovasi dari IKTBN Sepang berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Philippine Gold Award for Invention oleh Manila Young Inventors Association di dalam 2019 Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx 2019) di Bangkok, Thailand.

Selain dari itu, projek Degradable Plastic from Dried Banana Leaves ini turut menerima Bronze Medal di dalam pertandingan yang berlangsung selama 6 hari bermula 1 Februari 2019. Pertandingan anjuran National Research Council Thailand ini telah disertai lebih dari 400 penyertaan yang datang dari lebih 20 buah negara termasuk Korea, Russia, Romania, Poland, Croatia, Indonesia, Singapura, Hong Kong dan lain-lain.

Pemenang Bronze Medal di dalam Kategori Environment Protection Energy bergambar bersama di atas pentas.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Naib Setiausaha Agung National Research Council Thailand, Dr Wiparat De- Ong di dalam Majlis Penutup pertandingan tersebut.

Menurut Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKTBN Sepang, Hairul Riduan Abdullah, usaha memperkasakan TVET seharusnya bermula di peringkat akar umbi.

Untuk itu, institut sentiasa mengambil inisiatif seperti menghantar penyertaan pertandingan inovasi ke luar negara agar dapat menguji di mana kemampuan sebenar inovasi yang dibangunkan.

Ketua Kumpulan,Thinakaran menerima anugerah dari Naib Setiausaha Agung National Research Council of Thailand di Majlis Penutup Pertandingan.

Beliau turut menambah, pengajar selaku aset utama institut digalakkan mencari pelbagai peluang dan ruang untuk sentiasa memperkemas ilmu dan kemahiran dalam teknologi berkaitan agar kekal relevan sepanjang masa.

Projek ini telah dibangunkan oleh 8 orang pengajar dan diketuai oleh Thinakaran a/l Narayanan.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM), atau lebih dikenali sebagai AD (Art & Design) telah meraikan 50 tahun penubuhannya. Bagi menyemarakkan nama...
Tuah kolaborasi antara Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr. Nofaiza Fuad (Ketua Penyelidik) dengan Kolej...
TIGA orang pelajar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila...
HASIL penyelidikan pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus diiktiraf apabila dinobatkan tiga pingat emas dan dua anugerah khas, satu pingat perak dan empat gangsa
USIANYA baru mencecah 20 tahun, namun pengalaman yang dilalui Mogesh a/l Sababathy, penuntut tahun kedua Sarjana Muda Sains Biologi Marin di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)...
Para penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih kejayaan cemerlang di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2018 yang berlangsung di Seoul,