> SEL KL > Nur Izzah pereka fesyen terbaik KKSB
Nur Izzah pereka fesyen terbaik KKSB
WARTAWAN SINAR HARIAN Jumaat | 8 Februari 2019

SABAK BERNAM- Pelatih tahun akhir Sijil Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB), Nur Izzah Zulikha Muhaini, muncul juara dalam pertandingan rekaan fesyen pada Program Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir (Cipta), di sini.

Dalam pertandingan berkonsepkan gaun malam dan pakaian kasual itu, Nur Izzah menewaskan lapan peserta lain.

Pemenang tempat kedua rekaan fesyen itu disandang, Nur 'Aina Izzati Muhammad dan ketiga Siti Zaharah Ahmad Badiozzaman.

Pengarah Programnya, Norliza Aidie berkata, perlaksanaan Cipta itu bertujuan menghargai dan merealisasikan rekaan dan persembahan pelatih tahun akhir program Sijil Fesyen dan Pakaian.

"Sebanyak 24 rekaan fesyen diperagakan oleh model-model yang telah dipilih oleh pereka fesyen masing-masing. Model-model ini dipilih dalam kalangan pelatih kolej, manakala rekaan fesyen yang dipersembahkan adalah berkonsepkan gaun malam dan pakaian kasual," katanya.

Norliza yang juga Pensyarah Sijil Fesyen dan Pakaian KKSB berkata, urusetia program mengundang dua juri bagi memilih rekaan fesyen terbaik.

"Pemenang pertandingan fesyen ini akan mewakili KKSB pada peringkat seterusnya yang dianjurkan pihak luar. Selain memberi pengalaman dalam merealisasikan rekaan masing-masing, pelatih kolej juga diterapkan dengan nilai-nilai murni.

"Melalui program ini, mereka dilatih tentang bagaimana menguruskan majlis, mencungkil bakat kepimpinan, mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi secara berkesan," katanya.

Menurutnya, pelatih semester satu daripada Program Diploma Teknologi Senibina diberi kepercayaan mengendalikan program tersebut.

"Program ini dihadiri pengurusan tertinggi kolej, pensyarah, pelatih, wakil Puspanita Politeknik Sultan Idris Shah dan ibu bapa pelajar tahun akhir yang terlibat," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SHAH ALAM - DRB-Hicom University of Automotive Malaysia (DRB-Hicom University) baru-baru ini telah merangkul juara dalam pertandingan WorldSkills Malaysia bagi Kategori Belia...
NILAI - Puteri Nur Nadia Bakri, 22, pelajar Sarjana Muda Sains Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dipilih mewakili Malaysia...
PELAJAR tahun akhir Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) telah menganjurkan Hari Induk Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) kali ke-14 pada 26 hingga 28 Oktober lalu di perkarangan...
DENGAN adanya kuasa media sosial, industri fesyen Malaysia telah mendapat pengiktirafan tempatan serta antarabangsa dengan meluas sejak kebelakangan ini.
IPOH - Sebanyak 41 pemain industri telah menyertai dialog untuk tahun kedua diadakan di Dewan Bankuet FAMA, RTC Gopeng, Ipoh Perak. Dialog yang bertemakan Kolej Komuniti Pembekal...
Sangat berbakat! Itu yang dapat digambarkan apabila melihat para peragawati memperagakan pakaian sempena Amphoteric Fashion Show 2018 oleh pelajar akhir Sijil Fesyen dan Pakaian...