> AKTIVITI KAMPUS > PMJ zahirkan sokongan kepada pejuang kanser di daerah Mersing
PMJ zahirkan sokongan kepada pejuang kanser di daerah Mersing
SURAYA HANI, PMJ Jumaat | 8 Februari 2019

MERSING - Karnival U & I Care 2019 berlangsung dengan jayanya di Dewan Jubli Intan Mersing dan program ini dihadiri oleh komuniti, mahasiswa Politeknik Mersing, sekolah-sekolah sekitar Mersing dan juga wakil wakil agensi di seluruh daerah.

Karnival yang julung kali diadakan ini merupakan kerjasama Politeknik Mersing, Johor (PMJ) bersama Pejabat Daerah Mersing dan mendapat sokongan padu daripada pejabat kesihatan Mersing, Yayasan Tunku Laksamana Johor dan Johor I Care serta agensi-agensi di seluruh daerah Mersing.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pentadbir Tanah Mersing, Jamil Hasni Abdullah selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing.

Acara 'Fun Walk' sekeliling bandar Mersing.

Majlis ini dimulakan dengan senaman dan larian 'Fun Walk' disertai seramai hampir 500 orang. Peserta larian terdiri daripada pasukan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan seluruh komuniti Mersing.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pameran, sesi perkongsian atlet Paralimpik Bola Keranjang Berkerusi Roda Malaysia, Ahmad Nazri Hamzah, taklimat daripada Pengasas Johor – I Care Latifah Saat, cabutan bertuah, 'Fun Walk' sekeliling bandar Mersing, saringan pap smear, saringan kanser payudara dan persembahan daripada artis legenda Ayai Ilusi serta The Obses dan atlet lompat tali, PMJumpers.

#FightLikeJalil

Pentadbir Tanah Mersing, Jamil Hasni Abdullah berkata, banyak kajian telah dilakukan di peringkat Kementerian Kesihatan yang merumuskan bahawa pengesanan awal kanser melalui kaedah saringan yang efektif amat penting untuk meningkatkan survival terutamanya untuk kanser payudara, pangkal rahim dan kolorektal.

Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti yang diadakan pada hari ini amat bersesuaian bagi meningkatkan survival kanser melalui rawatan pada peringkat awal.

“Saya amat mengharapkan melalui perlaksanaan Karnival U & I Care 2019 dan pengisian aktiviti di dalam karnival ini diharap mampu mengubah persepsi buruk masyarakat mengenai penyakit kanser dan dalam masa yang sama meningkatkan kesedaran serta tahap pengetahuan masyarakat mengenai penyakit kanser,” sambung beliau lagi.

Komuniti dan mahasiswa Politeknik Mersing yang menghadiri program Karnival U & I Care 2019 di Dewan Jubli Intan Mersing.

Saringan pap smear dan saringan kanser payudara merupakan kaunter yang mendapat sambutan hebat dan proses saringan diketuai oleh Ketua Jururawat Kesihatan, Klinik Kesihatan Mersing Kanan, Rozanita Zainal Abidin. Program saringan buat pertama kalinya diadakan di Rumah Limas , Mersing. Saringan ini diadakan secara percuma kepada semua komuniti Mersing.

Pengarah Politeknik Mersing, Hassan Siraj berkata, Politeknik Mersing mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pegawai Daerah Mersing, Asman Shah Abd Rahman khususnya dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan penganjuran program ini.

Menyampaikan sumbangan kepada Amirul Syahmi Kamarudin.

Katanya lagi, "Alhamdullilah, tercetusnya karnival ini adalah untuk memberi sokongan kepada pejuang kanser yang juga salah seorang pelajar kami, besar harapan saya agar program-program seperti ini tidak terhenti di sini sahaja

"Bagi pihak Politeknik Mersing, kami bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan di daerah Mersing untuk penganjuran program seperti ini pada masa akan datang," katanya.

Karnival ini dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Kelab PROSIS dan Jabatan Perdagangan PMJ dipimpin pengarah program ,Mohd Fairullah Muhammadon dan Siti Nurazani Mustaffa.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Sempena pertandingan SME Bank 90 Days Business Challenge pada tahun ini, SME Bank telah mengadakan satu sesi taklimat kepada Politeknik dan Kolej Komunti Zon Selatan yang menyertai...
MERSING - Politeknik Mersing menerusi Jabatan Matematik, Sains dan Komputer menganjurkan Kursus Asas Microsoft Powerpoint 2013 dalam program Aktiviti Program Jalinan IKasih JSMK...
KUALA NERUS – Kira-kira 350 peserta dan lebih dari 50 orang sukarelawan telah menyatakan sokongan kepada pesakit kanser dengan menyertai program walkathon anjuran Kelab Sokongan...
Bengkel Penulisan Kreatif & Kewartawanan serta Bengkel Fotografi & Adobe Photoshop telah berlangsung dengan jayanya pada 6 dan 7 Oktober di Bangunan Lestari, Universiti Pertahanan...
SHAH ALAM - Kerajaan diharap dapat mempertimbangkan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 November ini. Pelbagai...
SHAH ALAM - Medical Imaging Student Association (MISA) telah mengadakan Program World Radiography Day di UiTM Puncak Alam pada 1 November lalu. Program World Radiography Day (WRD)...