KUALA BERANG - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Hulu Terengganu (PHT) perlu terus diperkasa dan bergerak lebih proaktif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berimpak tinggi.
Pengarah PHT, Wan Mohd Hujjatullah Wan Ghazali berkata, ia penting bagi melonjakkan penuntut PHT capai kecemerlangan akademik dan kokurikulum di samping tingkatkan imej siswa-siswi di mata masyarakat.
“Hasrat saya supaya MPP PHT dapat terus diperkasakan. Barisan MPP diharapkan menerajui barisan kabinet baharu dengan sebaik mungkin dalam menjalankan tugas sebagai wakil pelajar PHT sesi 2019,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan MPP PHT berlangsung di kampus berkenaan, di sini.
Program tersebut bertujuan memberi pengiktirafan kepada barisan kepimpinan MPP.
Sementara itu, Penasihat MPP PHT, Herdayanty Abdul Vziz berkata, seramai 21 penuntut menerima watikah tersebut dan pemilihan telah diadakan 9 Januari lalu bertempat di politeknik berkenaan.
“Bilangan pengundi seramai 279 (98 peratus) daripada 282 jumlah keseluruhan pengundi yang layak mengundi. Pada kali ini undian dibuat melalui atas talian. Pilihan raya kali ini menyaksikan 21 calon bertanding bagi merebut tujuh kerusi umum dan 27 kerusi jabatan,” katanya.