> MLK N.9 > UTeM terima kunjungan Duta Besar Palestin - teguhkan hubungan strategik dua negara
UTeM terima kunjungan Duta Besar Palestin - teguhkan hubungan strategik dua negara
MOHD KHAIRULHUSAINI MOHD SAAD Jumaat | 8 Februari 2019

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima kunjung hormat dan lawatan rasmi Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali bersama delegasinya bagi pertemuan bersama pengurusan tertinggi UTeM dan para pelajar dari Palestin baru-baru ini.

Kunjungan delegasi ini telah dikendalikan oleh Pusat Antarabangsa UTeM di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal serta disambut mesra oleh pengurusan tertinggi UTeM yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM, Profesor Dr. Zulkifilie Ibrahim mewakili Naib Canselor UTeM.

Profesor Dr. Zulkifilie Ibrahim berkata, antara pengisian kunjungan hormat dan lawatan rasmi adalah berkisar kepada perbincangan dalam meneguhkan lagi hubungan strategik antara kedua-dua pihak dengan pelaksanaan beberapa strategi berimpak lagi agar terus memberikan manfaat bersama.

Jelasnya, pihak Duta Palestin turut melahirkan hasrat membantu UTeM bagi mendapatkan lebih ramai pelajar dari Palestin untuk melanjutkan pengajian di UTeM dengan usaha sama dari Kedutaan Palestin di Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, UTeM, Profesor Datuk Dr. Mohd Razali Muhamad pula menyatakan bahawa pertemuan tersebut turut membincangkan mengenai perkembangan akademik dan penyelidikan bersama melibatkan kedua-dua buah negara.

Katanya lagi, menerusi perancangan akademik dan penyelidikan secara jangka masa panjang dan pelbagai pengisian hebat lagi maka hubungan antara UTeM dan Palestin dilihat akan terus dinamik merentas sempadan dunia.

Penyerahan cenderamata UTeM oleh Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim (tiga dari kiri) kepada Duta Besar Palestin di Malaysia.

Manakala Walid Abu Ali dalam ucapan aluan sewaktu tiba di UTeM melahirkan kekagumannya terhadap fasiliti dan persekitaran kondusif universiti serta beliau amat menghargai akan kerjasama hubungan strategik yang sedia terjalin antara UTeM dan Palestin.

Duta Palestin bersama delegasi yang hadir turut meluangkan masa menikmati makan tengahari dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sayyidina Abu Bakar di Kampus Induk UTeM bersama warga universiti.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SEREMBAN - Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Bengkel Semakan dan Pemantapan Program...
PRIHATIN terhadap senario pembangunan pendidikan semasa serta tanggungjawab sosial korporat maka Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)...
DURIAN TUNGGAL - Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Majlis Pemakaian Selempang Jubah kepada...
MELAKA - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah meluaskan pengambilan pelajar bagi program Pesisir Doktor Falsafah di peringkat antarabangsa dan selari itu pengambilan...
TIGA orang atlet tekwando Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mempamerkan aksi cemerlang dalam Pertandingan Tekwando Peringkat Antarabangsa Terbuka di Korea Selatan...
PUSAT Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawan (CREATE) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Petronas ICT dan Melaka Refinary Complex Sdn Bhd (MRCSB) akan...