> ISU > Walau sibuk sambung PhD di UK, Diddy Hirdy terima tawaran mengajar muzik kepada pelajar di University of Liverpool
Walau sibuk sambung PhD di UK, Diddy Hirdy terima tawaran mengajar muzik kepada pelajar di University of Liverpool
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 8 Februari 2019

Umum mengetahui, pelakon dan penyanyi Diddy Hirdy kini sedang melanjutkan pengajian PhDnya di University of Liverpool, United Kingdom.

Dalam pada gigih menyempurnakan PhD, Diddy atau nama asalnya Syamsul Hirdi Muhid sempat lagi menerima tawaran untuk mengajar subjek Popular Muzik kepada penuntut-penuntut yang mengambil jurusan ijazah dalam pengajian muzik. Hebat, kan Diddy?

Tentunya ini merupakan satu peluang baik untuk memperkenalkan muzik tanah air Malaysia.

Diddy Hirdy yang juga merupakan pensyarah muzik di institusi tersohor negara itu berkata, dia mengambil contoh juara AJL 33 sebagai pendedahan awal kepada para pelajarnya.

Menerusi Instagramnya @diddyhirdy, ini kata Didi.

Masih lagi terasa bahang #AJL33 yang baru melabuhkan tirai, Diddy membuka tirai pengenalan kepada student2 disini dengan popular music industry di Malaysia dengan memperkenalkan juara lagu tahun ini.

Kalau tanya student2 ni, memang dorang tak familiar dengan Malaysian music - walaupun kita ramai penyanyi yang berjaya menembusi ke peringkat antarabangsa.

Di kesempatan ini, Diddy gunakan peluang untuk dorang tahu yang kita punya bakat yang tak kurang hebatnya. Sekarang dorang dah tahu sikit sebanyak Juara lagu kita tahun ini, penyanyi kita seperti Dayang Nurfaizah dan Hael, juga komposer dan hasil karya seni kita.

Dalam pada itu, Diddy sempat membuat ramalan tentang lagu pilihannya yang boleh jadi juara.

Sebenarnya ada dua lagu pilihan Diddy yang boleh jadi juara: Haram atau Sampai Bila.

Tapi overall keputusan pada Diddy memuaskan. Biasa lah pertandingan yang bermain dengan subjectivity, the judging panel pun ramai dari pelbagai latarbelakang muzik, banyak aspect dinilai dan pada akhirnya memang bergantung pada rezeki.

Berjaya sampai ke peingkat akhir di pentas yang berprestij ini pun sebenarnya adalah satu pengiktirafan besar dari industri.

Tahniah kepada semua finalists dan semua karyawan muzik kita. Terima kasih juga pada TV3 yang konsisten memberi sokongan pada industri muzik dengan penganjuran AJL buat kali ke 33 ini.

Untuk sahabat2 dalam industri muzik, teruskanlah berkarya dan meneruskan evolusi industri muzik Malaysia supaya lebih kompetitif dimata dunia dan mampu mencetuskan fenomena secara global. I am very optimistic that we can do it!

Rata-rata memberikan komen positif atas tugas baru Diddy di sana. Menerusi hantaran tersebut, itu adalah kelas syarahan pertamanya.

"Bravo Diddy..this is the time to let them explore more @ Msian popular music hehe..Selamat mengajar teacher Diddy..first class ke?" kata @emyeffendy1577

Jawab Didi, "eh "orang dekat tapi jauh" hehe... Akak sihat ke? Yes first session alhamdulilahhh semua ok."

"Good job. Secara tak langsung jadi duta msia dah tu dalam memperkenalkan muzik negara kpd masyarakat di sana," kata @norlela_ibrahim.

Manakala @akmaabdullah berkata, "Wow!! Good job Diddy!! So proud of you!!"

Foto: Instagram @diddyhirdy


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SEORANG anak yatim Orang Asli suku Temuan dari Kampung Orang Asli Ulu Pondoi, Tampin, Negeri Sembilan, Nuraimi Abdullah, 23, pastinya tidak akan dapat melupakan tragedi yang...
TIADA yang lebih membanggakan dan menggembirakan Muhammad Aliff Mohd Noor, 22, apabila dipilih sebagai penerima tunggal Anugerah Pingat Emas Perdana MAIWP selepas turut menerima...
Watak Mak Inang yang dibawanya ketika menjayakan pementasan Mek Mulung semasa bergelar pelajar jurusan seni tari di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya (UM), amat meninggalkan...
#MalaysiaMembaca Kesatuan Pelajar, atau apa yang dipopularkan sebagai Students’ Union, adalah sebahagian daripada aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap perjalanan...
Seramai 90 peserta menyertai Bengkel Inovasi Prospek Kerjaya anjuran Unit Inovasi Pendidikan, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, UPSI dengan kerjasama MIMOS BERHAD yang...
Pasti ramai yang mengimpikan untuk menyambung pelajaran di luar negara. Tetapi ianya bukanlah satu perkara yang mudah kerana terdapat banyak kriteria dan halangan yang perlu...