> > "Saya dah tetapkan pada diri, setiap pahala ini untuk ibu dan abah"-Anak gadis pelawak Mr Os kini bergelar Doktor!
"Saya dah tetapkan pada diri, setiap pahala ini untuk ibu dan abah"-Anak gadis pelawak Mr Os kini bergelar Doktor!
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 11 Februari 2019

Syafiqa Hayra Mohd Yusof, 26, anak kepada pelakon dan pelawak terkenal, Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os telah pun berjaya menerima ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura Mesir dengan keputusan cemerlang Januari lalu.

Menurut laporan dalam sebuah akbar tempatan, Syafiqa Hayra mendedikasikan kejayaannya ini buat arwah ayahnya yang banyak menyokong dalam menceburi bidang perubatan. Katanya, penganugerahan itu juga merupakan bayaran kepada pengorbanan kepada kedua-dua orang tuanya.

Gonna spam my graduation photo because, why not. Its 6 years of my blood sweat and tears to get this certificate.

“Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah. Alhamdulillah ijazah ini amat besar maknanya kepada saya dan terima kasih kepada arwah ayah serta keluarga yang sering memberi semangat untuk saya meneruskan cita-cita.

“Arwah selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang akan berbakti kepada masyarakat dan berkhidmat kerana Allah,” katanya.

Syafiqa Hayra turut melahirkan kesedihannya kerana arwah ayahnya tidak sempat melihat kejayaannya namun itu semua tidak sesekali mematahkan semangatnya.

Tambah menyedihkan, Syafiqa tidak sempat menemui bapanya sebelum meninggal disebabkan tiada penerbangan ketika itu.

Birthday abah tapi aku yang potong cake dah kenapa.

Katanya, biarpun pelbagai cabaran dan rintangan yang dilalui sepanjang pengajiannya di Mesir namun kedua ibu bapanya tidak pernah putus daripada memberi dorongan dan galakan kepadanya.

“Saya sudah tetapkan pada diri, setiap pahala yang diperoleh akan disampaikan kepada ibu (Rahayu Muhamed Nadzir) dan arwah ayah,” katanya yang masih menunggu tempat untuk melaksanakan latihan perubatan (houseman).

Bersama ibu dan adiknya.

Syafiqa Hayra juga berjanji akan menghabiskan latihan perubatannya selepas ini kerana mahu menunaikan janji yang sudah diberikan kepada arwah ayahnya.

Mr Os meninggal pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.

Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau Mr Os.

"5 April tarikh abah dilahirkan, 8 April tarikh abah menghadap Ilahi.. To be honest this is the toughest month of the year for me.. I miss him a lot. Al-fatihah buat abah. Moga abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.."

Di dalam akaun instagramnya, Syafiqa Hayra turut berkongsi pengalaman pengajiannya di Mesir. (FOTO: Instagram @syafiqahayra)

Pertama kali...

"11 Julai 2018 : My first time assisting in total abdominal hysterectomy with bilateral salpingo-oophorectomy for today. After 4 hours of standing, now I can't feel my legs Thank you so much Dr. Mahmoud I'm so lucky to have you as my supervisor Still have so many things to learn. #futuresurgeon #insyaAllah #pleaseprayforme #finalyearmedicalstudent "

Alhamdulillah, done with my final year VIVA presentation. Next focus on professional exam.

"Alhamdulillah, done with my final year VIVA presentation. Next focus on professional exam. Good Luck everybody! #RoadToGraduation #surgery "

24th December 2018. Officially finished my professional exams.

"24th December 2018 : Officially finished my professional exams. It feels like a complete dream and out of body experience to say this but I am done with medical school after 6 freaking years. Now I have 1 month left before leaving Egypt. Im gonna miss this place so much."

Alhamdulillah, finally graduated and officially a doctor

"Alhamdulillah, finally graduated and officially a doctor"

Syafiqa turut melahirkan penghargaan buat rakan-rakan sepengajiannya.

I'm so gonna miss you guys. Without you guys, I am nothing.

"I have lots of things to say in this post. I'm so gonna miss you guys. Without you guys, I am nothing. Mengajar non stop every time we have exams sampai penat, or even food hunting sampai gemuk. Not to forget when we membawang and membahan to each others, gelak sampai nangis. And etc. Nak tulis terlampau banyak jasa korang and too much memories. We finally made it guys. Thankyou for those good memories. Takde korang tak bahagia hidup aku dekat egypt ni. Nak tulis panjang2 tapi sedih like srsly I'm crying right now."


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Baru-baru ini tular di Twitter apabila Zara @anxiethyst menghantar ciapannya mempamerkan dirinya yang mempunyai lebihan jari pada kedua tangan dan kakinya, menjadikannya 12 jari...
MERBOK –Tiada yang membanggakan seorang ibu melainkan melihat kesungguhan anak berjuang menuntut ilmu, biarpun dalam masa sama terpaksa menentang kanser yang dihidapi. Hasniza...
Pelantun lagu “Tangisan Marhaenis” dalam program Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Dia Fadilla atau nama sebenarnya Nur Fardilla Nadia Abu Bakar, 34 tahun berjaya menggenggam...
DETIK hitam Siti Nor Farhana Mustafa mengalami kecederaan osteoarthristis lutut tidak menjadi halangan untuk memastikan pasukan bola jaring kebangsaan meraih pingat emas di Sukan...
Alumni Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Malaysia disaran terlibat dalam menyokong dan memberi sumbangan secara sukarela kepada 22 ILKBS terdiri dari Institut...
PUTRAJAYA - Bagi melahirkan graduan profesional yang kini menjadi rebutan pasaran industri dunia, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia...