> UTARA > Zairul Fikri ungguli pertandingan anjuran Princess of Naradhiras University Thailand
Zairul Fikri ungguli pertandingan anjuran Princess of Naradhiras University Thailand

SINTOK – Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) Muhammad Zairul Fikri Zailani, 22, menjuarai pertandingan menulis esei yang dianjurkan oleh Princess Of Naradhiras University Thailand baru-baru ini.

Esei 800 patah perkataan yang perlu dihasilkan bertemakan ‘As A Student, How to bring a positive change in society’ yang dikarangnya itu adalah hasil yang merangkumi dari bahan bacaan, penyelidikan dan pengalamannya sebagai mahasiswa.

“Walaupun saya melihat soalan yang dikemukakan itu mencabar namun dengan situasi kehidupan masyarakat yang saya tonton di media elektronik dan media massa memberi idea untuk saya menghasilkan esei yang terbaik sekaligus berjaya dipilih sebagai pemenang pertama yang membawa pulang sijil dan hadiah wang tunai 1,000 Baht,” katanya ketika ditemui selepas kunjungan ke Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) Prof Dr Abdul Malek Abdul Karim.

TNC HEPA UUM (dua dari kiri) Prof Dr Abdul Malek bersama pemenang pengucapan awam.

Pelajar semester empat, Bachelor of Philosophy, Law and Business (BPLB) yang pernah dinobatkan sebagai Johan Debat Piala Dekan Pusat Pengajian Undang-Undang sesi 2017/2018 ini berterima kasih kepada pihak universiti kerana memberi peluang dan sokongan yang penuh agar mahasiswanya sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu Pasukan Pengucapan Awam yang diwakili oleh Nirosh Vathumalai, 21, berjaya memenangi tempat pertama dengan membawa balik Sijil dan 1,000 Bath, Nur Fathin Farina Mokhtar, 20, ditempat kedua 800 Baht dan Farhana Shabudin, 22, ditempat ketiga 500 Baht dan sijil turut mengadakan pertemuan dengan TNC HEPA.

Turut hadir ialah Pengarah Hal Ehwal Pelajar Prof Madya Dr Hendrik Lamsali, Pengarah Unit Debat Advokasi & Oratori UUM Muhammad Hafiz Badarulzaman dan Guru Bahasa UUM Asiah Said.

Enam buah universiti yang mengambil bahagian ialah Princess of Naradhiwas University, Yala Rajabhat University, Fatoni University, Walailak University, Thaksin University dan Universiti Utara Malaysia.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof. Dr. Abdul Malek Abdul Karim dilantik sebagai President Indonesia-Malaysia...
SHAH ALAM - Bertempat di Dewan Mawar Qaseh, Kolej Mawar, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini telah berlangsung peringkat akhir pertandingan University...
Dalam usaha mengangkat martabat budaya dan meningkatkan kesedaran untuk memperkembangkan warisan budaya di rantau ASEAN, Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM)...
SINTOK – Seramai 30 mahasiswa dan staf dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Utara Malaysia (UUM) menyertai Bengkel Rakan Media dan Rakan Web di Hotel EDC Kuala Lumpur...
BETONG, THAILAND - Pelajar Program Jarak Jauh (PJJ) Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) dari Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Kampus...
Cuti semester mahasiswa tidak disia-siakan dengan aktiviti yang tidak berfaedah, sebaliknya mereka menghabiskan cuti semester tersebut dengan menganjurkan program motivasi ...