> > Pengorbanan almarhum Abdul Bari dikatakan termasuk kategori syahid, kata-kata Mufti WP ini cukup terkesan!
Pengorbanan almarhum Abdul Bari dikatakan termasuk kategori syahid, kata-kata Mufti WP ini cukup terkesan!
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 11 Februari 2019

Setelah hampir dua hari mencari, akhirnya mayat Abdul Bari Ashraf Mohd, 31, yang lemas ketika membantu menyelamatkan lima sekeluarga dalam insiden pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu, ditemui pagi tadi.

Mayatnya ditemui di muka Kuala Tanjung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan orang awam pada jam 7.32 pagi ini, pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung dan dinaikkan sebelum dibuat pengecaman oleh ahli keluarga mangsa.

Mayat Abdul Bari ditemui 2.5km dari lokasi hilang.

"Mayat diserahkan kepada polis jam 7.50 pagi untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri antara yang turut menyatakan ucapan takziahnya kepada keluarga almarhum Abdul Bari Asyraf. Paling terkesan, Ustaz Dr Zulkifli menyatakan almarhum wajar dijadikan contoh sebagai anak muda yang berakhlak terpuji dan Allah menyedarkan kita bahawa negara kita masih mempunyai ramai anak-anak muda yang berjiwa besar.

Ikuti hantarannya di laman facebook beliau.

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALMARHUM ABDUL BARI ASYRAF

1. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum Abdul Bari Asyraf atas pemergiannya dalam insiden kenderaan pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu, malam kelmarin.

2. Sesungguhnya, pengorbanan almarhum untuk menyelamatkan mangsa-mangsa insiden berkenaan adalah amat mulia dan dengan izin-Nya, termasuk dalam kategori syahid, insyaAllah. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، وَالمَبْطُونُ، وَالغَرِقُ، وَصَاحِبُ الهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya: Orang yang mati syahid ada 5 kategori: Mati kerana wabak taun, mati kerana sakit berkaitan perut, mati lemas, mati dihempap runtuhan, dan mati syahid ketika berperang di jalan Allah. [Riwayat al-Bukhari, no. 2829]

3. Almarhum adalah anak muda yang wajar dijadikan contoh dengan akhlaknya yang terpuji. Kami mencadangkan agar keluarga beliau, juga penyelamat-penyelamat lain diberi anugerah yang setimpal dengan keberanian dan akhlak mereka yang disanjung tinggi.

4. Alhamdulillah di sebalik musibah ini, Allah menyedarkan kepada kita bahawa Malaysia masih mempunyai ramai anak-anak muda yang berjiwa besar. Kita mendoakan semoga lebih ramai yang akan mencontohi almarhum.

5. Kami akhiri dengan lafaz ( إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada'.

اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَهُ ، وَارْحَمْـهُ ، وَعَافِهِ ، وَاعْفُ عَنْـهُ ، وَأَكْـرِمْ نُزُلَـهُ ، وَوَسِّـعْ مُدْخَـلَهُ ، وَاغْسِلْـهُ بِالْمَـاءِ وَالثَّـلْجِ وَالْبَـرَدِ ، وَنَقِّـهِ مِنَ الْخَطَـايَا كَمَا نَـقَّيْتَ الـثَّوْبَ الأَبْيَـضَ مِنَ الدَّنَـسِ،وَأَبْـدِلْهُ دَارًا خَـيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلًا خَـيْرًا مِنْ أَهْلِـهِ ، وَزَوْجًا خَـيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِـلْهُ الْجَـنَّةَ ، وَأَعِـذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَـبْرِ وَعَذَابِ النَّـارِ

Terdahulu, dalam kejadian itu, Abdul Bari Asyraf sedang memancing terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima mangsa yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang meluncur sebelum terjunam ke sungai.

Bagaimanapun, Abdul Bari Asyraf yang dikatakan mengalami kekejangan otot menyebabkan dia gagal mengawal keadaan sebelum kelibatnya hilang di permukaan air.

Kita sama-sama mendoakan kesejahteraan almarhum di sana, semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya,


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Pernah bekerja sebagai jurujual, buruh kilang, menjadi ‘runner’ malah berhenti belajar di universiti. Inilah liku-liku hidup yang dilalui pasangan suami isteri ini demi...
KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dive Heart Organisation Malaysia membuka lembaran baharu apabila berjaya...
PERUMPAMAAN ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’, sering dikaitkan dengan mereka yang bermastautin, belajar mahupun bekerja di luar negara.
KUALA NERUS - Kecacatan anggota tubuh badan tidak menjadi penghalang kepada dua graduan Orang Kurang Upaya (OKU) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menamatkan pengajian dan...
Pasti seronok kan mempunyai pasangan kembar, iyelah kiranya sejak kecil dah ada kawan sebaya. Membesar bersama selain bersekolah di tempat yang sama tentunya membuatkan hubungan...
Ini adalah pengalaman saya mengambil Master di UIA, boleh jadi sama boleh jadi berlainan dengan Universiti lain. Kawan-kawan seperjuangan, kalau ada nasihat tambahan, komenlah ya!