> > Graduan dari New Zealand, Malaysia kongsi pengalaman suntik semangat pelajar sekolah
Graduan dari New Zealand, Malaysia kongsi pengalaman suntik semangat pelajar sekolah
SITI ZULAIKHA, UTP Isnin | 11 Februari 2019

SATU program Forum Dua Benua telah diadakan di Sekolah Raja Perempuan Taayah bersama semua pelajar dari tingkatan satu hingga enam yang berlangsung pada 6 Januari lalu.

Menariknya, forum ini melibatkan penceramah yang terdiri daripada tiga orang pelajar Melayu juga graduan universiti dari New Zealand dan Malaysia. Mereka ialah dari Norsyafiqah Salimun dari Universiti Teknologi Petronas (UTP), kelahiran Ranau, Sabah yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Kejuruteraan Awam dan merupakan pemegang Silver Chancellor Award pada 2016.

Sementara dua lagi penceramah merupakan graduan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, University of Auckland, New Zealand dikenali sebagai Isma Fildza Hazry kelahiran Negeri Sembilan dan Husni Sharif dari Terengganu.

Ketiga-tiga mereka telah berkongsi pengalaman belajar di negeri orang sebagai perantau juga menceritakan cabaran-cabaran untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam akademik, menjaga sahsiah dan akhlak juga pengurusan masa sewaktu aktif menganjurkan atau melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawanan terutama sekali menjadi sukarelawan bagi program-program anjuran Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) sehingga ke peringkat global.
(Dari kiri) Norsyafiqah, Isma Fildza dan Husni Sharif. (FOTO ZULAIKHA)

“Pemuda seperti kita harus berfikir dan berwawasan jauh bagaimana kita nak berfungsi dan membantu masyarakat di luar sana terutama sekali dalam menarik golongan belia menyumbang sebanyak-banyaknya terhadap masyarakat," kongsi Isma Fildza Hazry.

Norsyafiqah yang pernah menjadi salah seorang sukarelawan Malaysia mewakili YDKMM bagi Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia pada Oktober 2018 pula tampil dengan perkongsian eksklusif berkaitan misi berkenaan.

Norsyafiqah ketika bercerita pengalamannya mengikuti misi bantuan ke Palu, Indonesia. (FOTO ZULAIKHA)

Pelajar diberi pendedahan tentang keadaan Palu yang mengalami bencana besar sehingga meragut nyawa mencecah 3,000 orang.

"Kita diingatkan untuk sentiasa bersyukur agar dapat melakar kejayaan-kejayaan yang lebih besar buat masyarakat dan umat Islam," ujar Norsyafiqah.

Sementara Husni pula sempat berkongsi kata-kata semangat kepada pelajar dengan memetik ungkapan daripada sebuah hadis berbunyi; “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain”, tidak berputus asa menimba ilmu sehingga ke menara gading untuk memanfaatkan diri sendiri buat masyarakat di luar sana.

Madihah ketika memberi ucapan pengharagaan kepada pihak YDKMM Cawangan Utara. (FOTO ZULAIKHA)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Satu ketika dahulu sukan merupakan aktiviti yang penting bukan hanya untuk kokurikulum dalam sekolah bahkan program kemasyarakatan.
Program Gema Gegar Vaganza (GGV) telah menemukan dua penyanyi mantap ini dalam genre masing-masing. Siapa yang tidak terpersona dengan alunan vokal gemersik penyanyi ketuhanan...
Minat menyertai aktiviti-aktiviti luar sejak bangku sekolah lagi telah mendorong Muhammad Danial Haziq Azmi, 19 tahun, untuk menyahut cabaran pendakian dalam misi menawan puncak...
Kelab Bunga Raya komited berperanan sebagai platform bagi menyuarakan pandangan mahasiswa serta komuniti Malaysia di luar negara demi pembangunan Malaysia yang maju dan...
Walaupun kehidupan yang dilalui tidak seindah rakan-rakan normal yang lain, namun Nurul Najwa Khairunnisah Hassim tidak mudah mengalah. Dilahirkan kurang ‘sempurna’ kerana...
NILAI - Puteri Nur Nadia Bakri, 22, pelajar Sarjana Muda Sains Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dipilih mewakili Malaysia...