> MLK N.9 > Pusat Perumahan Pelajar USIM anjur Bengkel Mantapkan Kolej Kediaman
Pusat Perumahan Pelajar USIM anjur Bengkel Mantapkan Kolej Kediaman
MOHD ZAINI OTHMAN Isnin | 11 Februari 2019

NILAI - Pusat Perumahan Pelajar (PPP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Majlis Pengetua dan Felo Kolej Kediaman 2019 pada baru-baru ini. Penganjuran bengkel selama tiga hari dua malam di Ayer Keroh, Melaka tersebut disertai seramai 32 peserta terdiri daripada pengetua, felo kolej kediaman dan kakitangan PPP.

Objektif pelaksanaan bengkel ini untuk memantapkan keurusetian dan pengurusan kolej kediaman USIM melalui peranan besar yang dimainkan oleh pengetua dan felo kolej kediaman. Perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Profesor Madya Dr. Rushdan Jailani.

Dalam ucapannya beliau menarik perhatian untuk setiap program di kolej kediaman menepati kehendak Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menjadi asas pendidikan negara. Katanya, FPN menekankan kepada pembangunan yang berterusan kepada pelajar berteraskan empat aspek iaitu minda, fizikal, emosi dan kerohanian untuk melahirkan pelajar yang harmoni dan seimbang.

Aktiviti berkumpulan melibatkan para peserta untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama bagi memajukan Kolej Kediaman USIM.

"Apabila kita mempunyai mahasiswa yang seimbang, mereka inilah yang akan kembali semula kepada masyarakat untuk berbakti dan menyumbang. Program yang dianjurkan oleh kolej kediaman untuk penghuninya saya sarankan untuk sentiasa melihat impaknya menepati pemegang taruh kita yang pelbagai.

"Pemegang taruh pertama ialah pelajar selaku entiti utama di dalam universiti. Pihak kedua ialah komuniti yang berada di luar universiti dan mereka ini merupakan kumpulan besar yang meletakkan harapan kepada mahasiswa kita untuk membantu mereka,” ujarnya.

Tambahnya lagi pihak ketiga ialah industri yang mahukan pelajar yang dilahirkan telah bersedia sepenuhnya untuk memenuhi jangkaan mereka dan pemegang taruh terakhir ialah Kementerian Pendidikan dan Kerajaan.

Prof Madya Dr Rushdan Jailani (kanan) menyampaikan hadiah kepada wakil kumpulan terbaik bengkel.

"Kolej kediaman boleh bersama-sama membantu dalam menyiapkan pelajar untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0, menerapkan kemahiran insani yang lengkap dan kemampuan menguasai lebih dari dua bahasa," katanya.

Sepanjang bengkel ini beberapa pengisian khusus diaturkan berbentuk taklimat, latihan dalam kumpulan, perbincangan dan sumbang saran. Di akhir bengkel ini, beberapa input dan resolusi telah dihasilkan antaranya pemurnian dasar kolej kediaman, penambahbaikan kriteria pemilihan penghuni kolej kediaman dan pembangunan sebuah sistem baharu untuk pemilihan kemasukan ke kolej kediaman menggunakan mata merit.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Bengkel Onboarding Pelan Strategik USIM bagi tahun 2019 bertempat di Galeri Canselori...
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sesi 2018/19 telah menerima kunjungan hormat Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) USAS pada 22 Disember 2018...
Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Penyanyi dan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus) dalam usaha meningkatkan skil...
NILAI – YB Menteri Pendidikan Tinggi bersetuju untuk melantik Datuk Prof. Dr Siddiq Fadzil sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu....
Sungai sekian lama menjadi nadi kepada kehidupan kita, selain sebagai sumber utama membekalkan air minuman, ia juga adalah memberi manfaat kepada sesetengah daripada kita ...
Seramai 2,712 graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menerima Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah pada majlis Konvokesyen ke-16 universiti itu