> TERENGGANU > UMT pilih pokok kuning telur sebagai simbolik 'Kampus Eco-Friendly'
UMT pilih pokok kuning telur sebagai simbolik 'Kampus Eco-Friendly'
ROZITA ALIAS, UMT Isnin | 11 Februari 2019

BAGI menyokong ‘Kampus Eco-Friendly’, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik telah menanam sepohon pokok unik dan masih belum dikenali ramai iaitu pokok kuning telur atau kanistel yang banyak terdapat di negeri Sabah.

Dr. Maszlee bersama Pengerusi Lembaga Pengarah, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Halim Mohammad dan Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar menyempurnakan penanaman pokok Kuning Telur @ Kanistel. (FOTO UMT)

Program penanaman pokok ini diadakan sempena program Libat Urus Menteri Pendidikan bersama Pengerusi Lembaga Pengarah dan Naib Canselor Universiti Awam (UA) pada 9 Februari lalu di pejabat AKEPT, Labu Jaya, Negeri Sembilan yang mana setiap UA diberi satu pokok di bawah nama universiti masing-masing.

Sesi penanaman pokok sempena penubuhan AKEPT yang ke-10 tahun. (FOTO UMT)
Mengikut rujukan, pokok dari spesies pouteria campechiana ini tidak bermusim dan boleh didapati sepanjang tahun. Sesetengah tempat mengenalinya dengan buah konikoma. Biasanya, pokok yang dibiakkan melalui biji benih ini berbuah dalam masa tiga hingga lima tahun sahaja dan tidak memerlukan penjagaan rapi, namun menghasilkan buah yang banyak.
Buah Kuning Telur @ Kanistel (FOTO UMT)

Terdahulu, Dr. Maszlee turut menanam pokok-pokok lain seperti durian musang king, rambutan dan banyak lagi semasa sesi penanaman pokok sempena penubuhan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang ke-10 tahun.

Turut hadir semasa program ini adalah Lembaga Pengarah dan Naib Canselor Universiti Awam seluruh Malaysia.

Dr. Maszlee bergambar kenangan bersama Lembaga Pengarah dan Naib Canselor Universiti Awam. (FOTO UMT)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama Sendai College, Jepun buat julung kalinya berkolaborasi dalam menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk kemajuan institusi...
KUALA TERENGGANU - Jam menunjukkan 8.40 malam, suasana Pantai Chagar Hutang di Pulau Redang, Terengganu gelap gelita. Kelihatan dua ekor penyu Agar timbul di permukaan Laut China...
PENGALAMAN lebih sepuluh tahun bergelar jurufoto rasmi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bukan sahaja memberinya peluang menimba ilmu berkaitan fotografi, malah turut melalui...
KUALA NERUS - Bukan saja cantik tetapi juga bijak, demikian pasangan kembar ini membawa keceriaan berganda kepada seluruh anggota keluarga dan rakan-rakan apabila lulus cemerlang...
Peluang kerjaya graduan Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim di sektor maritim sangat luas
Menggunakan peruntukan sebanyak RM20,000 daripada Dana Khas: Teras Pemindahan Ilmu bagi tahun 2018 yang dikenali sebagai Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS...