> > Batik Merbok hubungkan UiTM dengan kerabat diraja Kedah
Batik Merbok hubungkan UiTM dengan kerabat diraja Kedah
SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA Selasa | 12 Februari 2019

MERBOK - Batik Merbok produk dihasilkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah bukan sahaja dipersembahkan kepada kerabat diraja, malahan ia dapat menjadi permulaan dipasarkan ke luar negara.

Rektor UiTM Kedah, Profesor Madya Dr Shaiful Annuar Khalid berkata, dengan jalinan berkenaan, diharapkan ia mampu merapatkan hubungan antara pusat pengajian tinggi awam itu dengan pihak istana sekali gus meningkatkan imej Batik Merbok.

Menurutnya, UiTM Kedah bersama delegasi telah mengadakan sesi mengadap Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff baru-baru ini untuk mempersembahkan koleksi baharu Batik Merbok.

“Kunjungan warga UiTM melakukan sembah mengadap bertujuan mempersembahkan koleksi terbaharu Batik Merbok dengan fokus rekaan berinspirasi baju tradisional kurung Kedah,” katanya.

Beliau berkata, sesi mengadap turut mempersembahkan koleksi Batik Merbok berinspirasikan Raja Puan Muda Kedah yang mana melalui pembacaan dan penelitian, Raja Puan Muda Kedah berhasrat untuk mengetengahkan rekaan baju kurung Kedah ke tahap tertinggi.

Sementara itu, Penyelaras Batik Merbok UiTM Kedah, Zaidi Yusoff berkata, selain penghasilan tekstil, Batik Merbok kini juga memfokuskan kepada penghasilan produk lain berkonsepkan batik.

“Antaranya produk cenderahati yang mampu memartabatkan Batik Merbok ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Terbaru, Education Malaysia di Indonesia telah menempah sejumlah cenderahati bermotifkan Batik Merbok untuk dijadikan buah tangan kepada tetamu kehormat.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Pameran projek akhir Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diketengahkan mampu memberi pendedahan bahawasanya bidang berkenaan banyak memberi...
MACHANG - Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz berkenan melancarkan Jenama Kemuning yang menjadi hak cipta Universiti Teknologi Mara (UiTM)...
SERENDAH - Suntik semangat sukarelawan dalam tempoh sebulan. Itulah cabaran yang dihadapi sekumpulan penuntut yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman...
PENGHUJUNG Ogos lalu, pelajar Interior Design Association (Ideas), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Seri Iskandar, Perak telah mengadakan projek khidmat masyarakat,...
SHAH ALAM - Pasukan Bola Sepak Universiti Teknologi Mara (UiTM) memulakan aksi pertama Kelme 2018 Piala Bola Sepak Persekutuan Sukan Universiti Asia (AUSF) menewaskan Macau...
ASALNYA, penglibatan sejak sekolah di dalam aktiviti kesukarelawan persatuan pembimbing rakan sebaya hanya sekadar aktiviti untuk mengisi masa lapang di samping mengasah bakat...