> > UMS sedia kongsi kepakaran dengan DBKK
UMS sedia kongsi kepakaran dengan DBKK
BERNAMA Selasa | 12 Februari 2019

KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedia berkongsi kepakaran dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam usaha merancakkan pembangunan dan khidmat komuniti di daerah ini.

Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata selain berkongsi kemahiran dalam kalangan pensyarah universiti itu, UMS juga turut mengalu-alukan warga DBKK melanjutkan pengajian di UMS.

"Kita mengalu-alukan kakitangan DBKK untuk melanjutkan pengajian di UMS atau mengikuti kursus-kursus jangka pendek sejajar dengan keperluan kakitangan,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Mayor DBKK Datuk Nordin Siman di sini hari ini.

Sementara itu, Nordin turut mencadangkan agar diwujudkan jawatankuasa kebersihan melibatkan UMS bagi bersama-sama menjaga kebersihan pantai dan sungai di sekitar Kota Kinabalu.

Beliau berkata kerjasama ini dilihat mampu untuk mengawal dan menangani isu-isu berkaitan kebersihan persekitaran khususnya di kawasan pantai dan sungai.- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
GUANGZHOU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan ‘Program Networking Merentas Sempadan Alumni UMS’ di Guangzhou, China bagi membina jambatan penghubung antara alumni UMS...
KUNDASANG - Seramai 15 peserta terdiri daripada pelajar baharu, kakitangan, alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan rakan strategik universiti itu menyemarakkan sambutan Hari...
KOTA TINGGI - Bagi sesetengah orang sudah pasti tidak akan menolak apabila ditawarkan kerjaya bergaji lumayan, namun tidak bagi Ketua Polis Daerah Kota Tinggi yang memilih untuk...
Penganjuran Malam Apresiasi Tahunan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini menjadi medan dalam memberi pengiktirafan kepada...
Seramai 80 penduduk Kampung Kabangaan Kudat menyertai program peningkatan hasil kelapa sawit dan pendapatan anjuran Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah...
HULU LANGAT - ‘Hulu Langat Free Range Chicken’ hasil kudrat ikon Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Toong Foo Weng mampu menghasilkan lebih 27,000 ekor ayam bagi satu...