> ISU > Isu 'kilang ijazah': Jangan tertipu, sila rujuk MQA
Isu 'kilang ijazah': Jangan tertipu, sila rujuk MQA
BERNAMA Selasa | 12 Februari 2019

SEMENYIH - Individu yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi digalakkan merujuk terlebih dahulu dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) supaya tidak menjadi mangsa penipuan, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik

Beliau berkata, MQA merupakan agensi yang akan mengenal pasti semua program yang diakreditasi di universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT).

“Jadi kepada semua yang ingin melanjutkan pengajian kementerian menggalakkan mereka rujuk dengan MQA supaya tidak tertipu.

“MQA sudah membuat piawaian yang tinggi untuk tujuan itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak projek Sekolah Rendah kebangsaan Taman Pelangi, di sini.

Semalam, sebuah akbar berbahasa Cina tempatan melaporkan beberapa universiti di luar negara menjadi ‘kilang ijazah’ dengan menawarkan ‘kelayakan akademik’ kepada pemohon secara dalam talian tanpa memerlukan mereka mengikuti apa-apa pengajian.

Menurut laporan itu, keadaan demikian berlaku terutamanya membabitkan ‘universiti’ yang dikatakan dari Amerika Syarikat yang beroperasi dari rumah kedai atau pejabat kecil. - Bernama.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Program Sarjana Muda Animasi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) kini menerima Sijil Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), baru-baru ini.
KUALA LUMPUR - Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menerima sebanyak 615 program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) oleh Kolej Vokasional (KV) bagi penilaian akreditasi sejak Jun...
KUALA LUMPUR - Al-Madinah International University (Mediu) akan menawarkan sebanyak 500 tempat kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Pelajaran...
Dalam merealisasikan hasrat kerajaan dalam melahirkan golongan profesional dan tenaga mahir dalam memenuhi kehendak pasaran kerja
SHAH ALAM - Kerajaan diharap dapat mempertimbangkan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 November ini. Pelbagai...
GRADUAN dari Fakulti Kejuruteraan, Izzudin Aman Shah, 23 dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran DiRaja sempena Istiadat Konvokesyen ke-58 Universiti Malaya (UM) 2018 selepas...