> EVENT > UniKL lebarkan penguasaan
UniKL lebarkan penguasaan
BERNAMA Selasa | 12 Februari 2019

UNIVERSITI Kuala Lumpur (UniKL) melebarkan jurang mata sebagai pendahulu saingan Divisyen Premier Liga Hoki Malaysia (LHM) 2019 selepas menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 4-2 di Stadium Hoki Tun Razak.

Kemenangan itu menyaksikan UniKL mengekalkan rekod tanpa kalah dalam sembilan perlawanan sekali gus selesa mengumpul 25 mata meninggalkan pencabar terdekat, TNB di tangga kedua dengan 21 mata.

Pada pertembungan hari ini, UniKL bangkit daripada ketinggalan 1-2 selepas gol pembukaan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin menerusi gol padang pada minit ke-10 dipadamkan TNB hasil jaringan padang Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil pada minit ke-15 dan pukulan sudut penalti Norshafiq Sumantri lima minit kemudian.

Muhammad Razie Rahim menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-43 selepas tenang menyempurnakan pukulan sudut penalti sebelum jaringan padang pemain import, Kieran Ian Govers meletakkan UniKL di hadapan, berselang empat minit.

TNB kemudian bangkit memperkemaskan permainan dalam usaha memburu gol penyamaan, namun benteng pertahanan pasukan lawan berjaya mematahkan setiap percubaan sebelum Mohamad Ashran Hamsani meledak gol padang pada minit ke-55 untuk mengesahkan kemenangan 4-2 UniKL.

Sementara itu, Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar kemenangan 5-3 ke atas pendatang baharu, Nurinsafi/Hoki Kedah pada aksi di Stadium Hoki Kuala Lumpur.

Lima gol THT, masing-masing dijaringkan Mohd Shahrun Nabil Abdullah (jaringan padang minit kelapan), diikuti Faizal Saari (pukulan sudut penalti minit ke-20), Jang Jonghyun (pukulan sudut penalti minit ke-40 dan 59) dan Faizal Saari melalui gol padang pada minit ke-48.

Sementara tiga gol Nurinsafi/Hoki Kedah disumbangkan Joel Samuel Van Huizen (pukulan sudut penalti minit ke-10), Nur Rahul Hrsikesa Thaitchana Muruthi (jaringan padang minit ke-50) dan Baljit Singh Sarjab daripada pukulan sudut penalti pada minit ke-56.

Turut meraih tiga mata adalah Maybank selepas menundukkan TNB Thunderbolts 2-1 di Stadium Hoki Tengku Abdullah, Bangi.

Muhammad Haziq Samsul muncul wira skuad tuan rumah apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-59 selepas kedudukan terikat 1-1 hasil jaringan pembukaan Muhammad Hafiizhuddin Zaidi (jaringan padang minit ke-18) diikuti jaringan penyamaan TNB Thunderbolts pada minit ke-37 hasil pukulan sudut penalti Muhammad Syazwan Syafiq Basir. - Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menewaskan Pasukan Hoki Terengganu (THT) 3-1 di Stadium Tengku Abdullah, Bangi semalam, sekali gus kekal di tangga teratas Liga Perdana, TNB Liga...
UNIVERSITI Kuala Lumpur (UniKL) membuka tirai 2019 dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) Thunderbolts pada aksi suku...
Baru-baru ini tular kisah Sahrom Ahmad, 59, bapa kepada Nur 'Amalina yang sepatutnya meraikan majlis graduasinya tiba-tiba diserang strok sebaik sahaja tiba di negara itu pada...
PUTRAJAYA - Kajian dan penyelidikan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan efisiensi strategi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan agensi...
Berikut adalah biodata rasmi Sultan Pahang Sultan Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah yang dikeluarkan Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Rakyat Malaysia yang diserang strok di London, Sahrom Ahmad, 59, dilaporkan stabil dan kini sedang menjalani rawatan khusus untuk buah pinggang.