> > Gara-gara nak jual nasi kukus terlajak sedap, wanita 'besi' ini sanggup berkelana sampai ke Kelantan... ini yang dia dapat
Gara-gara nak jual nasi kukus terlajak sedap, wanita 'besi' ini sanggup berkelana sampai ke Kelantan... ini yang dia dapat
SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI Selasa | 12 Februari 2019

Minatnya pada bidang masakan tidak pernah terpadam walaupun bergelar mahasiswa di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan bergelar isteri serta ibu kepada seorang cahaya mata.

Bukan itu sahaja, minatnya dalam bidang masakan membuat mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Sakinah Mohd Zaidi ini memulakan perniagaan nasi kukus dan ayam goreng berempah sejak awal 2018 sehingga kini.

Malah anak kelahiran Besut ini berkata, dia membuat persiapan awal dengan menuntut ilmu nasi kukus dan ayam goreng berempah di Kelantan.

Kios UPSI yang digunakan oleh mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni UPSI, Nur Sakinah (gambar kecil) untuk menjalankan perniagaannya.

"Saya juga mengikuti kelas berbayar selain belajar sehingga pandai masak gulai serta ayam goreng rempah sebelum membuka kios di

UPSI," katanya kepada Kampus Uols.

Turut berkongsi rahsia, Nur Sakinah berkata, untuk memasak gulai, dia akan mengupas kira-kira 15 hingga 20 kilogram bawang untuk mendapatkan kuah yang pekat selain tidak menggunakan santan pada masakannya.

Lima kepada 50 ekor

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni ini menambah, pada awalnya, perniagaan ini mengambil masa untuk diterima.

"Masa mula-mula buka dulu, saya hanya gunakan lima ekor ayam tapi tak habis. Jadi saya sedekahkan kepada mahasiswa di sini.

"Saya juga menambah beberapa menu lain, seperti kerabu maggi, ais kepal dan lain-lain lagi yang turut memberikan kelainan kepada pelanggan saya.

"Sedikit demi sedikit, perniagaan saya makin berkembang," katanya.

Nasi kukus ayam goreng berempah antara menu dijual oleh Nur Sakinah yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni mendapat sambut di kalangan mahasiswa serta staf UPSI.

Jelasnya, tugasnya bermula pada jam 4.45 pagi setiap hari dengan memasak gulai dan memerap ayam dengan ramuan tersendiri serta rempah ratus yang diperoleh dari Kelantan.

Setelah siap memasak, dia bersama-sama dua orang pekerjanya yang juga kakak dan adik iparnya sendiri membawa makanan itu ke kios UPSI.

"Kios akan dibuka pada jam 10 pagi dan tutup pada jam 6.30 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad," katanya.

Bukan mudah kendalikan perniagaan

Mengakui bukan mudah buat dirinya, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata, dia menjadikan aktiviti melukis sebagai terapi diri.

Katanya, dia akan menghabiskan masa kira-kira satu hingga dua jam setiap malam untuk melukis, seiring dengan kursus pengajian yang diambilnya kini.

Dalam kesibukan, dia bijak menguruskan masa.

Ibu kepada seorang cahaya mata, Nur Sakinah (tengah, berdiri) bersama-sama pelanggannya.

"Saya akan pastikan tugasan diberikan pensyarah akan disiapkan terlebih dahulu kerana saya tidak suka bertangguh kerja selain memastikan waktu memasak dan waktu membuat tugasan terurus dengan baik.

"Selalunya saya akan mengendalikan kios bila 'free'. Selain itu, suami dan pekerja yang membantu," katanya.

Mahu sambung pengajian sarjana

"Kehadiran kakak dan adik ipar memang membantu saya ketika saya sibuk selesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

"Mungkin satu hari nanti, saya akan menyambung pengajian di peringkat sarjana selepas tamat nanti," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Watak Mak Inang yang dibawanya ketika menjayakan pementasan Mek Mulung semasa bergelar pelajar jurusan seni tari di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya (UM), amat meninggalkan...
Sebut sahaja tentang melancong, siapa yang tidak suka, bukan? Tambahan pula mahasiswa dan siswi berlumba-lumba menyelam sambil minum air. Dalam erti kata lain, buat bisnes...
‘Jauh perjalanan, luas pemandangan’, merupakan kata pepatah yang sangat bermakna bagi pelajar yang pernah merantau jauh dari rumah dan keluarga. Walaupun sukar, belajar sambil...
Suka duka alam kampus memang cukup indah untuk dikenang. Walau bergelut dengan kepayahan dan kedukaan dalam menggapai sebuah impian dan segulung ijazah, namun semua itu sama sekali...
Bermula dengan modal kosong di tangan, Hazwani Abd Hamid, 36 percaya kuasa ilmu, pengalaman, dedikasi dan pergantungan kuat pada Allah dapat membentuk kejayaan yang cemerlang serta...
Jika anda dah terlewat nak masuk kelas, sama ada terlewat bangun atau ada urusan lain... adakah anda tetap pergi ke kelas atau terus tak hadir? Bergelar pelajar, kita sedia maklum...