> MLK N.9 > UTeM laksana Program 1 Tahun Latihan Industri
UTeM laksana Program 1 Tahun Latihan Industri
MOHD KHAIRULHUSAINI MOHD SAAD, UTEM Selasa | 12 Februari 2019

UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus komited bagi menjana graduan berkompetensi tinggi dan memberi impak besar kepada sektor perindustrian dalam dan luar negara.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTeM Profesor Datuk Dr Mohd Razali Muhamad berkata, pihak universiti ini akan terus melaksanakan pelbagai strategi bersepadu bagi tujuan tersebut.

"Antara agenda yang dilaksanakan oleh UTeM adalah menerusi program aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu gabungan program pengajian di universiti dan latihan industri jangka masa panjang dengan pihak industri," katanya.
Selari dengan itu, UTeM menerusi Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FTKMP) menawarkan program baru Mod Industri menerusi Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Penyejukan dan Sistem Penyaman Udara (HVAC) dengan Kepujian.

Program Mod Industri ini akan mula ditawarkan bagi pengambilan kumpulan pelajar pertama yang akan memulakan pengajian bagi Semester 1 Sesi 2019/2020 yang akan dijalankan nanti.

Menurut Dekan FTKMP Profesor Madya Ts. Dr. Umar Al-Amani Azlan, tempoh pembelajaran di industri yang lebih lama akan memberikan pelajar pendedahan yang lebih mendalam tentang pengalaman serta persekitaran dunia pekerjaan yang sebenar.

"Konsep pelaksanaan ini memerlukan pelajar untuk belajar di kampus selama 3 tahun dan praktikal menerusi Latihan Industri selama 1 tahun dengan pihak industri. Bagi memastikan tempat strategik bagi pelajar Mod Industri HVAC ini maka FTKMP telah menjalin hubungan strategik bersama dengan pihak industri seperti Prihoda Malaysia Sdn. Bhd. bagi memudahkan penempatan pelajar HVAC mereka," jelasnya.

Sehubungan itu dua buah syarikat lagi dari sektor HVAC turut menyatakan hasrat bagi menjayakan program ini iaitu LTC Building Services Sdn. Bhd. Seri Kembangan, Expertise: HVAC Services and Maintenance serta ACSON Malaysia Sales & Service Sdn Bhd.

Pengarah Prihoda, Lee Wee Pin melahirkan rasa gembira dengan atas kerjasama dan meyakini hubungan baik bersama dengan UTeM ini.

Menurutnya, program ini turut memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak bilamana industri memerlukan idea baru daripada institusi pengajian tinggi bagi menambah baik lagi sistem sedia ada ke arah revolusi industri 4.0 di samping pelajar pula mempunyai tempat untuk menjalani Latihan Industri dalam tempoh yang lama.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Perkara ini dibuktikan apabila terdapat graduan UTeM yang kini telah terpilih bagi menjalankan tugas sebagai Technical Energy Expert di United Nations Industrial Development...
KEPAKARAN barisan Profesor serta keunggulan produk inovasi penyelidikan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus diperakui dan diangkat martabatnya sebagai produk yang...
Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
DURIAN TUNGGAL - Graduan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kian diperakui bukan hanya mempunyai berkompetensi dalam bidang teknikal dan berkebolehpasaran tinggi malah...
DURIAN TUNGGAL - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus bergiat aktif dalam usaha pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) tinggi negara. Sehubungan...
Produk berkonsepkan inovasi biomas jana tenaga oleh kumpulan siswa dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah dinobatkan sebagai juara dalam Cabaran Inovasi Inklusif...