> UTARA > Hari Keluarga PTSB dan MHM eratkan ukhwah
Hari Keluarga PTSB dan MHM eratkan ukhwah
MOHD ASWADI MUHAMAD Selasa | 12 Februari 2019

BALING - Sambutan penyertaan Kursus Kecergasan Siri 1 2019 dan Hari Keluarga yang dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) bersama Persatuan Mata Hati Malaysia (MHM) berlangsung di Kampung Pantai Pulai, kaki Gunung Baling, Kedah baru-baru ini mampu menjadi platform dalam mengukuhkan ukhuwah dan menjalankan tanggungjawab sosial bersama. Meriah dengan 60 orang menyertainya, pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada peserta bersama ahli keluarga.

Menurut Penyelaras Program, Nurul Azyra Said @ Idrus, program tersebut merupakan aktiviti yang dirancang untuk semua ahli bersama keluarga masing-masing bertujuan mengeratkan silaturahim kakitangan dan ahli keluarga, di samping menyemarakkan kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan.

Keseronokan, keceriaan dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti bersama sepanjang program.

"Kita sangat bertuah kerana program ini mendapat penyertaan yang menggalakkan di samping keadaan cuaca yang baik bagi membolehkan setiap aktiviti berlangsung dengan lancar. Program ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan malah meningkatkan persefahaman sedia ada.

“Kemesraan berinteraksi memperkukuhkan ikatan silaturahim yang sedia terjalin. Penganjuran program sebegini amat baik dalam konteks ukhuwah dan budaya kerja yang merupakan wadah terbaik menyatukan anggota keluarga. Di samping itu, peserta bersama ahli keluarga membersihkan kawasan persekitaran dengan memungut sampah yang tidak terurai untuk menjamin kebersihan dan terus terpelihara," katanya.

Menurut, Presiden Persatuan Mata Hati Malaysia, Datuk Ab Rahim Md Noor, peserta kursus diharap dapat melihat isu-isu kesejahteraan diri, masyarakat serta kemanusiaan sejagat melalui pandangan Mata Hati seperti yang telah dijelaskan oleh Pencipta. Dari sudut kesihatan dan pemakanan sememangnya kita telah dianjurkan untuk memakan makanan yang halal dan baik serta bersih bagi menjamin kesihatan.

"Kita juga digalakkan untuk makan makanan yang berzat dan nutrisi secukupnya untuk tumbesaran badan dan kesihatan tubuh. Di samping itu juga, kita disarankan untuk tidak makan berlebihan supaya dapat mengekalkan berat badan yang ideal dan tidak obesiti sehingga mengundang penyakit berbahaya," katanya.

Berkesempatan menjalankan tanggungjawab sosial Lihatlah Dengan Mata Hati.

Tambahnya lagi, isu-isu alam sekitar juga perlu dilihat melalui Mata Hati supaya kita sebagai khalifah di bumi ini sentiasa menjaganya dan setiap makhluk ciptaan Ilahi bagi memastikan kelestarian alam sekitar demi kelangsungan kehidupan manusia sejagat. Peserta akan dididik melalui amalan murni semasa berkursus di tapak perkhemahan supaya dapat menghayati apa yang dimaksudkan pandangan Mata Hati.

"Diharap Kampung Pantai Pulai ini akan sentiasa mengekalkan kebersihan dan keaslian alam semulajadinya dan menjadi destinasi pelancongan. Secara tidak langsung ianya dapat menyumbangkan sumber pendapatan dalam menjanakan ekonomi penduduk setempat melalui rumah tumpangan, gerai jualan makanan serta khidmat malim gunung atau jurupandu arah untuk pendakian ke Gunung Baling dan Gunung Pulai," katanya.

Majlis perasmian dan penutupan Kursus disempurnakan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PTSB, Mohd Zamri Hamid.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SERAMAI 120 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah mengikuti ceramah ‘Antara Kerjaya Dengan Sambung Belajar, Satu...
KULIM - Seramai 218 pelajar semester lima Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menyertai Pameran Projek dan Pertandingan Jabatan Kejuruteraan...
Seramai 219 pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah mengikuti bengkel ‘Perkongsian Ilmu Bersama Panel Industri’ yang...
KULIM - Kadar kebolehpasaran graduan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) mencatat peningkatan lima peratus tahun ini. Pengarahnya, Yusma Yusof berkata, graduan PTBS terbukti...
KULIM - Seramai hampir 550 pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menyertai Pameran dan Pertandingan Rekacipta kali keenam (ICE V6) dengan tema Kelestarian Inovasi...
Politeknik Kota Kinabalu (PKK) mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penyertaan paling ramai bagi Kursus Asas Kejuruteraan Dandang (Boiler) yang...