> > Cuba benda baru dek sukar dapat kerja, tak sangka graduan ini berjaya jual 1,000 popia pisang sehari dan jadi punca pendapatan!
Cuba benda baru dek sukar dapat kerja, tak sangka graduan ini berjaya jual 1,000 popia pisang sehari dan jadi punca pendapatan!
WARTAWAN KAMPUS UOLS Selasa | 12 Februari 2019

Lumrah semua graduan sebaik sahaja menamatkan pengajian, pasti ingin mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang kursus yang diambil. Namun, bagi Muhammad Hanif Mat Zin, 26, yang berasal dari Kuala Nerus, Terengganu ini, dia yang sepatutnya bergelar ahli kimia kini terjebak dalam perusahaan yang tidak pernah terfikir olehnya.

Siapa sangka, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam ini berjaya membuka gerai popia pisangnya sendiri walaupun tiada langsung asas dalam bidang masakan.

Menurut Hanif ketika dihubungi Kampus Uols, dia terdetik untuk memulakan bisnes ini setelah tiga tahun menamatkan pengajian tetapi sukar mendapat pekerjaan di dalam bidang kimia di tempatnya, Kuala Nerus. Tidak gemar menganggur dan ingin mencuba sesuatu yang baharu, Hanif mengambil keputusan untuk membuat sesuatu yang boleh dijadikan sumber pendapatan.

Popia pisang dalam pelbagai topping yang boleh diperoleh dari kedai Popis kepunyaan Hanif.

Sejak memulakan perniagaannya pada Mac 2016, sambutan perniagaan popia pisang Hanif yang diberi nama Popis semakin mendapat sambutan. Manakan tidaknya, dia berjaya membuat jualan antara 800 sehingga 1,000 gulung sehari.

Memang ramai pengusaha yang menjual popia pisang, namun kelainan yang ada pada Popis adalah hampir kesemua topping dihasilkan sendiri. Menggunakan pisang nangka di dalam Popisnya, Hanif tidak menafikan antara salah satu cabaran dalam perniagaannya adalah apabila kehabisan stok pisang. Adakala, stok popia pun putus juga.

Popia pisang dengan pelbagai topping.

Namun, Hanif sama sekali tidak berputus asa malah meluaskan lagi jaringan perniagaannya. Memang pada awalnya dia hanya menjual Popis pada penduduk kampung, tetapi setelah dimuatnaik di laman Instagramnya, produknya itu semakin dikenali ramai dan mendapat sambutan di luar jangkaan.

Jika sebelum ini Hanif hanya beroperasi dari rumah, tapi kini Hanif telah berjaya membina kedai sendiri. Perniagaan ini bukan sahaja untuk Hanif, malah ia membuka peluang pekerjaan kepada sanak saudara. Pendek kata, ini adalah perniagaan keluarga dan Hanif berhasrat untuk melebarkan lagi sayap perniagaannya pada masa akan datang.

Antara pelanggan tegar Haniff ketika mereka belajar di UMT dahulu.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Popis ini, jangan datang pada hari Selasa kerana operasinya tutup pada setiap Selasa.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Abdul Halim Mat Hassan, 25 terpaksa menangguhkan pengajiannya selepas disahkan menghidap kanser pangkal hidung sejak Disember 2017.
Sememangnya bidang kerjaya pada zaman kini mempunyai saingan yang tinggi dalam kalangan para mahasiswa. Jika dilihat terlalu banyak lambakan mahasiswa di pasaran pekerjaan....
Alhamdulillah, sesungguhnya rezeki Allah itu tidak pernah salah alamat. Ternyata segala perih jerih dan usaha yang disumbangkan selama 11 minggu hingga melayakkannya ke Pentas...
KANGAR - The Finale 2018 yang berlangsung bermula Rabu hingga semalam mendapat sambutan daripada lebih 200 graduan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Program yang diadakan...
MALAYSIA MEMBACA Hampir lima bulan saya menjadi menteri. Daripada cuma seorang pensyarah marhaen, yang pagi petang mengajar, membaca, menyelidik, menulis dan meluangkan masa...