> IKON > Profesor ini gigih belajar hingga berjaya kumpul 145 gulung ijazah diiktiraf!
Profesor ini gigih belajar hingga berjaya kumpul 145 gulung ijazah diiktiraf!
WARTAWAN KAMPUS UOLS Selasa | 12 Februari 2019

Memang kena tabik hormat pada seorang insan ini! Manakan tidaknya, Profesor VN Parthiban, 56, seorang profesor di Chennai mempunyai bukan satu, bukan dua... tetapi mencecah sehingga 145 ijazah akademik dalam pelbagai bidang. Hebat, bukan?

Disebabkan kecintaannya pada ilmu dan bidang akademik, profesor ini berjaya memperoleh kesemua ijazah ini lebih daripada 30 tahun. Paling penting, kesemua ijazah yang diperoleh adalah benar-benar diiktiraf.

"Saya benar-benar menikmati dunia pembelajaran. Tak susah pun. Saya sentiasa dalam proses persediaan untuk peperiksaan dan memohon kursus ijazah atau diploma baru," katanya ketika dipetik Sunday Indian.

Dalam kehidupannya, Profesor VN Parthiban akan sentiasa memohon kursus baru untuknya. Ada saja pencariannya untuk mempelajari ilmu bidang baru. Sehinggakan pemeriksa kertas peperiksaan mudah mengenalinya hanya dengan melihat nama dan wajah yang ditinggalkan pada kertas jawapan.

145 ijazah (FOTO Indian Express)

Menurutnya lagi, beliau seorang yang tidak terurus pada tahun pertama pengajian untuk mendapatkan ijazah pertamanya. Namun, perjalanan hidupnya untuk mendapatkan satu demi satu ijazah bermula selepas itu.

"Saya bergelut dengan kesukaran untuk menamatkan pengajian ijazah pertama saya dan mendapat pekerjaan di Jabatan Kehakiman," katanya.

Sempat berkongsi kisah lucu, katanya ada juga ketika beliau tersilap belajar subjek lain dan menduduki peperiksaan yang berlainan.

Pencapaian beliau tidak terhad kepada 3 ijazah (Master) bidang Sains, 8 ijazah bidang Undang-undang, 8 ijazah bidang Perdagangan, 9 ijazah bidang Pentadbiran Perniagaan, 10 ijazah bidang Keseniaan, malah memiliki 12 kertas penyelidikan dalam pelbagai bidang.

Satu penghargaan...

Tetapi, jangan sangka Profesor ini gemar semua subjek walaupun beliau minat belajar dan memiliki koleksi ratusan ijazah.

Ketika ditanya soalan subjek yang tidak digemari, beliau menjawab ... MATEMATIK! Hmmm... tentu ada yang sedang tersenyum lebar ketika membaca para ini kerana ada juga yang turut sama tidak menggemari subjek tersebut.

Namun begitu, walaupun beliau berhasrat untuk mengumpulkan seberapa banyak koleksi ijazahnya, namun ada sesuatu yang kurang pada dirinya. Disebabkan pembelajarannya yang berterusan, beliau mendapati dirinya sukar untuk mengingati wajah orang dan mengingati laluan ke satu-satu tempat walaupun tempat itu sering dikunjungi.

Namun, kekurangan ini sama sekali tidak melemahkan semangatnya. Beliau masih lagi meneruskan pembelajarannya dan pada masa sama menjadi pensyarah untuk beberapa subjek di beberapa universiti.

Gigih... (FOTO Twitter Sunday The Indian)

Dalam kesibukannya belajar, beliau juga memiliki isteri dan dua orang anak yang juga menitik beratkan pendidikan sama sepertinya. Jangan terkejut, isterinya juga bukan calang-calang orangnya. Isterinya turut memiliki 9 ijazah! Jangan bimbang... hanya perlukan 136 ijazah lagi untuk kejar suaminya, Profesor VN Parthiban.

Sumber: Oddity Central , India Times


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Periang dan mudah dekati rakyat adalah gambaran keperibadian Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan...
PULAU PINANG – Juara pertandingan Ratu Kebaya Pulau Pinang tahun lalu yang berasal dari Rusia teruja apabila berjaya menamatkan pengajian dan berijazah dalam Upacara Konvokesyen...
UNIVERSITI sebagai pusat pengajian tinggi, berperanan antaranya untuk melatih mahasiswa dalam bidang tertentu sebelum mereka meneruskan kerjaya masing-masing kelak.
Baru-baru ini, kisah seorang graduan, Norazly Nordin atau mesra dikenali Adiey yang memperoleh 9 kali Anugerah Dekan mendapat perhatian ramai. Manakan tidaknya, pada hari...
Setiap orang ada cara kehidupannya yang tersendiri. Kadang kita tak jangka apa yang Allah mahu uji. Di sebalik ujian yang ditimpakan ada hikmah yang tersembunyi.
MUSIM kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengadakan majlis/istiadat konvokesyen ini, banyak perkongsian menarik yang boleh dijadikan motivasi untuk kita semua. Salah satu...