> EVENT > UITM FC lafaz ikrar bebas rasuah
UITM FC lafaz ikrar bebas rasuah
BERNAMA Rabu | 13 Februari 2019

SHAH ALAM - Pasukan bola sepak Universiti Teknologi MARA (UiTM), UiTM FC menjadi pasukan bola sepak pertama peringkat universiti menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang bertujuan memastikan pemain terhindar daripada jenayah rasuah.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim berkata usaha itu merupakan satu langkah yang baik daripada UiTM apabila bekerjasama dengan pihaknya untuk memberi peringatan kepada semua pemain dan pasukan supaya menjauhi gejala rasuah.

“Inisiatif menandatangani IBR ini juga untuk memastikan mutu bola sepak Malaysia ditingkatkan. Saya berharap akan ada pasukan bola sepak lain terutamanya di Selangor ini mengikut jejak langkah dilaksanakan oleh UiTM dalam memastikan liga bola sepak kita bersih," katanya dalam sidang media di Kompleks Sukan UiTM di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis IBR pasukan UiTM FC yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, Timbalan Presiden UiTM FC, Dr Bahrin Othman dan Pengurus Besar Produk Malindo Air, Hariss Abdullah.

Pada majlis itu, hampir 100 pemain dan pegawai pasukan UiTM FC melafazkan IBR diketuai pemain Skuad Liga Perdana, Muhammad Zulkhairi Zulkeply.

Sementara itu, Abdullah berkata syarikat penerbangan Malindo Air akan menjadi rakan penerbangan rasmi pasukan UiTM FC.

"Malindo Air akan menaja penerbangan pasukan UiTM FC sehingga penghujung musim 2019 dan kami berharap ia dapat menaikkan lagi semangat pemain," katanya. - Bernama.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SHAH ALAM - Pasukan Bola Sepak Universiti Teknologi Mara (UiTM) memulakan aksi pertama Kelme 2018 Piala Bola Sepak Persekutuan Sukan Universiti Asia (AUSF) menewaskan Macau...
SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) bercadang mewujudkan pusat kecemerlangan mengenai sekuriti siber di universiti itu dalam tempoh terdekat, sebagai usaha memperkasa...
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said menegaskan bahawa universiti itu masih kekal dengan dasar asalnya iaitu hanya menerima kemasukan...
SHAH ALAM - Bertempat di Dewan Mawar Qaseh, Kolej Mawar, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini telah berlangsung peringkat akhir pertandingan University...
PERMATANG PAUH - Kegagalan sebelum ini dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari ilmu sehingga menjejak kaki ke menara...
Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan orang ramai kini boleh mendapatkan perkhidmatan bas Tujuan Khas Penyelamat Kecemasan Bergerak (UEMR) yang mula diperkenalkan pada 27...