> AKTIVITY MPP > Kunjungan hormat perkenal barisan MPP, MKS baharu ke PKK UMT
Kunjungan hormat perkenal barisan MPP, MKS baharu ke PKK UMT
ROZITA ALIAS, UMT Khamis | 14 Februari 2019

KUALA NERUS - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Kolej Siswa (MKS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sesi 2018/19 telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Komunikasi Korporat (PKK) UMT pada 11 dan 12 Februari 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Zaaba, PKK.

Kunjungan hormat ini bertujuan memperkenalkan barisan MPP dan MKS baharu yang akan menerajui mahasiswa UMT serta membincangkan kerjasama di antara PKK, MPP dan MKS.

Yang Dipertua MPP Muhammad Hasyimi Hasyim Mohd Suddin berkata, kunjungan hormat ke semua Pusat Tanggungjawab (PTj) dan Pusat Pengajian ini adalah agenda tetap pada setiap tahun sejurus lantikan baharu diumumkan secara rasmi.

Timbalan Pengarah PKK menyampaikan cenderamata kepada YDP MPP. (FOTO UMT)
"Kunjungan hormat ini bukan sahaja untuk membincangkan kerjasama malah mengeratkan lagi hubungan dua hala antara kepimpinan mahasiswa dengan PTj dan Pusat Pengajian serta berkongsi idea dan bertukar-tukar pendapat melalui pengalaman masing-masing," tambahnya.

Sementara Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab pula berkata, aktiviti seperti ini harus dikekalkan untuk setiap sesi bagi memberi peluang kepimpinan MPP dan MKS turun padang mengenali PTj, Pusat Pengajian serta kakitangan universiti dengan lebih dekat selain perkongsian yang sememangnya berguna untuk mereka.

"Kunjungan ini adalah satu inisiatif yang murni antara perwakilan mahasiswa bersama PTj dalam mengeratkan kerjasama serta mewujudkan kesefahaman di antara semua pihak. Pemantapan citra universiti melalui hebahan media sosial rasmi universiti dapat ditingkatkan melalui kerjasama ini," ujarnya.

Perbincangan di antara pegawai PKK dan MPP. (FOTO UMT)
MPP memainkan peranan penting sebagai perantara dengan Pihak Pengurusan Universiti dan pelajar dalam menyampaikan informasi-informasi penting serta menyalurkan masalah yang dihadapi pelajar. Kebajikan pelajar turut menjadi keutamaan di samping menyampaikan suara-suara mahasiswa di UMT dari segala aspek.

Selain dari itu, MPP turut memainkan peranan melakukan anjakan paradigma di dalam universiti dan menerajui program-program berimpak.

Manakala MKS berperanan sebagai pengantara kepada pelajar asrama dan pihak Pengurusan Kolej Siswa dalam penyampaian informasi-informasi semasa serta menjaga kebajikan pelajar asrama seperti keselesaan pelajar dalam penggunaan fasiliti dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan kolej siswa turut diselaraskan MKS.
Timbalan Pengarah PKK menyampaikan cenderamata kepada Yang Dipertua MKS. (FOTO UMT)

Terdahulu kunjungan mereka adalah di Pusat Sukan & Rekreasi, Bahagian Keselamatan dan Pusat Kesihatan Universiti turut membincangkan kerjasama bersama.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SUBANG – Bahagian Hal Ehwal pelajar dan Alumni (JHEPA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UpsiI) menganjurkan Anugerah Keterampilan Pelajar (AKP) 2017/2018 kali Ke -13...
MENJADI barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di sebuah Kolej Vokasional pasti akan merasa kelainan disebabkan perbezaan situasi dan persekitaran berbanding di Institut Pengajian...
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sesi 2018/19 telah menerima kunjungan hormat Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) USAS pada 22 Disember 2018...
Pelajar Jabatan Perdagangan, Muhammad Saifullah Saple dilantik sebagai Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Kota Kinabalu Tahun 2019 setelah mendapat undian...
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Hulu Terengganu (PHT) perlu terus diperkasa dan bergerak lebih proaktif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berimpak tinggi.
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan...