> EVENT > ExKIP7.0 tawar lebih 1000 kekosongan jawatan
ExKIP7.0 tawar lebih 1000 kekosongan jawatan
SITI FAIRUZ SARIAT, PSAS Isnin | 18 Februari 2019

BEHRANG - Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) melaksanakan strategi tersendiri dalam usaha memastikan graduannya menerokai peluang kerjaya.

Katanya, PSAS merancang pelbagai pendekatan setiap tahun untuk membantu pelajar memperoleh pekerjaan apabila tamat pengajian.

Menurutnya, Ekspo Kerjaya Industri Politeknik (ExKIP7.0) yang berlangsung pada 19 Februari ini di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah menawarkan lebih 1000 peluang pekerjaan, latihan/ushawan kepada para pengunjung ekspo tersebut.

ExKIP7.0 yang diadakan di PSAS tawar lebih 1000 kekosongan jawatan.

"Lebih daripada 20 syarikat terlibat sebagai pempamer dari pelbagai industri antaranya industri pembinaan, kejuruteraan dan pengurusan.

"ExKIP 7.0 ini anjuran bersama PSAS dan JobsMalaysia Negeri Perak akan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Prof. Datuk Ts. Dr. Mohd Ismail Abd Aziz," katanya dalam satu kenyataan kepada Kampus Uols.

Katanya, selain itu juga, pihaknya turut mengadakan pelancaran mini pejabat JobsMalaysia Daerah Mualim selain majlis mendatangani CoC bersama industri dan pelantikan Pusat Latihan Bertauliah IBS CIDB

"Orang ramai dijemput hadir dengan berpakaian kemas serta membawa resume dan salinan sijik akademik," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...