> PERAK > Graduan LVC dapat tempat di dalam industri dalam dan luar negara.
Graduan LVC dapat tempat di dalam industri dalam dan luar negara.
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 18 Februari 2019

BUKIT MERAH - Graduan daripada Lake View College (LVC) mendapat pilihan di kalangan pemain utama industri kerana menepati kehendak dan keperluan syarikat bagi bidang-bidang yang berkaitan di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan M K Land Holdings Berhad, K Mohanachandran berkata, LVC sentiasa menambahbaik sistem pembelajaran dan pengajaran kolej seiring dengan perkembangan industri-industri negara dengan memastikan pelajar-pelajarnya mendapat ilmu yang berkualiti dan yang boleh digunapakai.

Katanya, dengan kursus-kursus yang ditawarkan, pihak LVC yakin bahawa pihaknya mampu memenuhi kehendak pasaran dengan menyediakan graduan sebaik mungkin.

“Pihak M K Land sentiasa prihatin tentang pendidikan, terutama sekali untuk pelajar-pelajar sekitar kawasan utara negeri Perak dan untuk pelajar-pelajar di seluruh Malaysia pada amnya.

"Kolej ini diletakkan di bawah naungan M K Land bagi menjana peluang pendidikan serta memberi ruang untuk peluang-peluang pekerjaan setelah tamat pengajian," katanya.

Antara Graduan LVC dalam majlis graduasi baru-baru ini

Dalam majlis itu, seramai 185 graduan telah menerima anugerah masing-masing di dalam majlis tersebut yang merangkumi empat kursus pengajian iaitu Diploma Kejururawatan (64 graduan); Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (57 graduan); Diploma Kesihatan Persekitaran (46 graduan) dan Diploma Pengurusan Hotel (18 graduan).

Di majlis itu juga, pingat khas bagi pelajar cemerlang juga disampaikan. Anugerah Pingat Tun Mahathir disandang oleh Ferron Liuhan (Diploma Kejururawatan); Anugerah Pingat Tun Siti Hasmah disandang oleh Mohamad Al-Mahadi Ahmad (Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) manakala Anugerah Tan Sri Mustapha Kamal disandang oleh Mohd Mustafa Anwar (Diploma Kejururawatan).

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif LVC, Mohd Jailani Che Idrus berkata, di LVC, pembelajaran bukan sahaja merangkumi kaedah teori.

Malah katanya, pihak kolej juga turut menyediakan kemudahan pembelajaran bagi latihan amali atau praktikal kepada para pelajarnya bagi memberi pendedahan suasana pekerjaan sebenar.

"Apa yang lebih membanggakan ialah ada di antara graduan kejururawatan turut ditawarkan pekerjaan berkualiti.

"Sehingga kini, LVC telah pun melahirkan lebih 1,500 graduan di mana ada di antara graduan-graduan kita ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian," katanya.

Ferron Liuhan menerima Anugerah Pingat Tun Mahathir dalam majlis graduasi LVC, baru-baru ini

Mohd Jailani berkata, LVC turut menawarkan tujuh kursus pengajian di peringkat diploma iaitu Diploma Kejururawatan, Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Diploma Kesihatan Persekitaran, Diploma Pengurusan Hotel, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Perakaunan.

Katanya, empat kursus LVC juga mempunyai Perakuan Akreditasi Penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) iaitu Diploma Kejururawatan, Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Diploma Kesihatan Persekitaran dan Diploma Pengurusan Hotel.

Selain itu, menurutnya, pihak LVC juga kini dalam proses untuk menawarkan satu lagi kursus baru iaitu Diploma Seni Kulinari.

"Selain itu, LVC juga tidak menekankan aspek akedemik semata-mata, sebaliknya aktiviti luar yang ditawarkan kepada pelajar turut diberi fokus dalam membentuk sahsiah serta jadiri pelajar.

"Antara aktiviti kokurikulum yang ditawarkan ialah seperti berkayak, mendaki, tarian dan sukarelawan bagi membentuk sikap jatidiri, kepimpinan, kerjasama dan kemahiran individu termasuklah kemahiran komunikasi untuk para pelajarnya," katanya.

LVC kini dibuka untuk pendaftaran bagi semester hadapan – sila layari http://www.lvc.edu.my untuk sebarang maklumat lanjut.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...