> CETUSAN > Memahami komponen 4C MTM UTHM, pelajar baharu kena hadam ni...
Memahami komponen 4C MTM UTHM, pelajar baharu kena hadam ni...
Prof. Madya Dr Afandi Ahmad Isnin | 18 Februari 2019

MINGGU orientasi atau minggu pertama berada di universiti ditampilkan dengan pelbagai nama oleh setiap universiti berkenaan. Jika dibandingkan universiti di luar negara, minggu orientasi mereka barangkali kelihatan lebih santai dan bersifat self-directed berbanding amalan yang dilakukan di Malaysia. Namun begitu, minggu awal seperti ini tidak sama sekali boleh dilihat sebagai suatu perkara mudah atau tidak perlu disandarkan kepada sebarang falsafah.

Dalam usaha melakukan penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) selari dengan iltizam memacu pengalaman kampus yang menyeluruh di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) mengambil alih sebagai jenama baharu menggantikan Minggu Haluan Siswa (MHS).

Bukan hanya tentang penjenamaan, MTM yang membawa tema Dengan Hikmah Kita Meneroka ini juga membawa kerangka baharu berteraskan komponen 4C iaitu critical-thinking problem solving, creativity, communication dan collaboration dengan mengambil kira 4C mesti diberikan penekanan seawal pelajar baharu menjejaki tangga menara gading.

Pelbagai input khusus berkaitan nilai diri dan etika disampaikan menerusi kuliah pagi, kerohanian dan nilai bagi memperkukuh jati diri dan nilai diri dalam kalangan pelajar.

Cabaran dunia VUCA mutakhir ini amat memerlukan nilai teras dipasakkan dalam diri mahasiswa. MTM turut menampilkan usaha buat pertama kalinya pelaksanaan Penilaian Prestasi Awal Siswa (PPAS) merangkumi beberapa komponen utama iaitu bakat dan pencapaian terdahulu pelajar, kompetensi awal berkaitan Bahasa Malaysia, Inggeris, Matematik, Pengetahuan Am dan Nilai Murni.
Sukan banyak membentuk nilai berpasukan dalam kalangan pelajar. (FOTO UTHM)

Menerusi temu bual, para pelajar baharu sangat teruja dengan usaha pelaksanaan PPAS yang dilihat dapat memberikan peluang kepada mereka mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri seawal memulakan pengajian di UTHM.

Idea bagi usaha yang direalisasikan pasukan Timbalan-timbalan Dekan HEPA UTHM ini adalah sangat signifikan. Usaha ini bukan sahaja dapat memberikan peluang kepada mahasiswa menilai diri, malah data yang dicerap sangat berguna kepada kepimpinan HEPA UTHM dalam usaha melakukan usaha memberikan latihan dan nilai tambah kepada pelajar baharu. Jika misalnya, kompetensi Matematik dan Pengetahuan Am mereka lemah, lebih banyak aktiviti pelajar yang menjurus kepada kompetensi ini perlu diberikan.

Selain daripada perkongsian alumni diberikan dalam MTM, turut dilaksanakan Karnival Sukan dan Kesukarelawanan bagi memperkukuh nilai 'Collaboration' dalam kalangan mahasiswa baharu.

Malah lebih menarik juga, Malam Bitara MTM yang juga merupakan rumusan kepada perjalanan MTM telah dikendalikan oleh pelajar-pelajar baharu dengan bantuan fasilitator. Usaha ini mungkin kelihatan kecil, tetapi usaha awal bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar baharu tentang kepentingan aspek 4C.

Pada malam tersebut juga, pertandingan video pendek nilai dipersembahkan bersama pertandingan 6 Minutes Idea (6MI) yang menekankan aspek 4C buat pertama kali diperkenalkan kepada mahasiswa baharu.

TNCHEPA bersama pasukan FKEE yang menjuarai 6 Minutes Idea.

Ini merupakan simbolik pembudayaan kemahiran yang mesti dikuasai oleh mereka, mahir bekerja berkumpulan, menyediakan analisa dan slaid pembentangan serta menyampaikannya dengan penuh meyakinkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan.

Aspek ini juga adalah selari dengan pesanan yang disampaikan Naib Canselor, Profesor Ts Dr Wahid Razzaly dalam amanatnya kepada pelajar baharu agar mengamalkan nilai 3B, iaitu berani, bertanya dan bertanggung jawab.

Naib Canselor menyampaikan amanat kepada pelajar baharu. (FOTO UTHM)

Ringkasnya, usaha menambah baik minggu awal di universiti menerusi MTM ini tidak boleh dipandang remeh. Walaupun diakui jadualnya padat dan merupakan lumrah pada minggu orientasi, menerusi tinjauan yang dilakukan dalam kalangan mahasiswa baharu mendapati mereka sangat menghargai usaha penambahbaikan ini.

Universiti adalah tentang citra kecemerlangan dan seawal menjadi warga universiti. Semua pelajar baharu mesti memahami kerangka budaya ilmu dan kecemerlangan di universiti.

*Penulis merupakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTHM yang mencetuskan idea ini.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...