> AKTIVITI KAMPUS > OSM buatkan peserta dari iREC teruja 'bermain' dengan cahaya
OSM buatkan peserta dari iREC teruja 'bermain' dengan cahaya
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 18 Februari 2019

SIMPANG PERTANG – Seramai sembilan orang fasilitator dari Optical Society of Malaysia (OSM) telah berjaya melaksanakan Program OSM Light of Hope: Exploring Science with Asnaf Children pada Sabtu lalu.

Fasilitator ini terdiri daripada gabungan pensyarah dan pelajar pascasiswazah dari Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM), Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dan Fakulti Kejuruteraan Al-Madinah International University (MEDIU).

Penyerahan sijil penyertaan oleh Pengarah Program kepada Ketua Eksekutif iREC. (Dari kanan) Anas, Ashadi dan Zulkarnain. (FOTO FKEKK UTEM)

Program yang melibatkan 30 peserta berumur 7 tahun sehingga 12 tahun dari Pusat Pendidikan Ibnu Razak (iREC) ini adalah bertujuan memupuk kesedaran dan minat peserta kepada ilmu sains dan teknologi.

Fasilitator OSM bersama Ketua Eksekutif iREC. (FOTO FKEKK UTEM)
“Pihak iREC sentiasa ke hadapan memastikan anak-anak penuntut ilmu di sini dapat diberi pendedahan dan bimbingan ilmu berkaitan kemajuan sains dan teknologi serta aplikasinya dalam kehidupan seharian,” kata Ketua Eksekutif iREC, Zulkarnain Mustapha.

Sesi dimulakan dengan pengenalan Sains Cahaya dan Al-Quran oleh Dr. Mohd Zuhdin Muhammad dari Sumitomo Electric Industries sebelum kemudiannya peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil bagi mengikuti aktiviti praktikal iaitu LaserClass Room dan MicroBit.

Sesi pengenalan Sains Cahaya dan Al-Quran oleh Zuhdin. (FOTO FKEKK UTEM)

Keterujaan peserta dapat dilihat dari setiap sesi aktiviti yang dilaksanakan oleh semua fasilitator.

Menurut Pengarah Program, Md. Ashadi Md. Johari, aktiviti seumpama ini lebih bertujuan memupuk minat peserta ke arah sains dan teknologi yang berteraskan cahaya dan elektronik.

Peserta sedang bermain permainan Batu-Kertas-Gunting yang dibuat menggunakan Microbit. (FOTO FKEKK UTEM)

Aktiviti LaserClass Room menggunakan Light Blox Kit yang disumbangkan IEEE Photonics Society ini mendedahkan peserta kepada asas sains cahaya, sementara dalam aktiviti Microbit pula, peserta diajar asas pengaturcaraan dengan menggunakan kaedah kod blok bagi permainan Batu-Kertas-Gunting.

“Isu STEM adalah isu global. Kesedaran ini harus dipupuk dari kecil lagi dengan penglibatkan semua lapisan masyarakat,” kata Presiden OSM, Ir. Dr. Anas Abdul Latiff.
Aktiviti LaserClass Room dengan menggunakan Light Blox Kit. (FOTO FKEKK UTEM)

Pada masa sama, program ini dilaksanakan bagi meraikan dan menyokong usaha UNESCO menganjur Hari Cahaya Sedunia (International Day of Light) yang disambut setiap tahun pada 16 Mei.

Pada tahun 1960, tarikh tersebut merupakan hari yang mana kejayaan pertama laser dihasilkan Theodore Maiman, ahli fizik dan juga seorang jurutera.

Peserta bersama fasilitator. (FOTO FKEKK UTEM)


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...