> > Ini sebab ramai berlumba-lumba nak sambung PhD…
Ini sebab ramai berlumba-lumba nak sambung PhD…
WARTAWAN KAMPUS UOLS Selasa | 19 Februari 2019

Menyedari bahawa tahap pendidikan itu sangat penting untuk masa depan, maka tak hairanlah kebelakangan ini ramai pelajar kita mengambil keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti pascasiswazah.

Ini didorong oleh pelbagai faktor. Antaranya, kerana tuntutan kerjaya, mendapat pangkat dan gaji yang lebih tinggi, disebabkan minat, untuk mendapat peluang kerja yang lebih luas dan sebagainya.

Perkembangan ini dilihat satu fenomena yang positif, lebih-lebih lagi menunjukkan bahawa rakyat Malaysia itu sendiri ada kesedaran untuk memajukan diri tanpa mengira latar belakang, tahap umur dan budaya.

Seperti mana kisah ayah dan anak malah datuk dan cucu bergraduasi pada masa yang sama (pada peringkat yang sama atau berbeza) telah menjadi ‘hiasan’ di arus media, akhir-akhir ini. Secara tak langsung menyedarkan bahawa masyarakat semakin menikmati kenikmatan menimba ilmu yang banyak ditawarkan oleh universiti awam mahupun swasta.

BERILMU UNTUK CAPAI MATLAMAT

Menurut Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Prof Dr. Hajah Arsiah Hj Bahron, Universiti Malaysia Sabah (UMS), dalam era ICT khasnya IR4.0 masa kini, ilmu diperlukan bagi mencapai martabat yang lebih tinggi. Tambahan pula dengan adanya kempen pembelajaran sepanjang hayat ((lifelong learning), knowledge workers, digital ekonomi dan seumpamanya telah membuka minda masyarakat untuk terlibat secara langsung dalam meningkatkan taraf pendidikan masing-masing.

Penetapan KRA Lifelong Learning di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendorong Pemberi pendidikan tinggi (Higher education providers) iaitu Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US) berlumba-lumba membuka peluang pendidikan tinggi kepada masyarakat, bukan hanya kepada pelajar lepasan sekolah menengah bahkan kepada golongan yang sudah bekerja,” katanya.

FAKTOR SAMBUNG PENGAJIAN

Jelas Prof Arsiah lagi, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar ini memilih untuk menyambung pengajian ke peringkat pascasiswazah. Antaranya, disebabkan tuntutan kerjaya atau majikan seperti pensyarah, juga untuk memajukan diri sendiri dengan menambah ilmu kepakaran iaitu dengan melalui proses penyelidikan PhD, bantuan kewangan bagi memberi peluang kepada mereka menyambung pengajian ke peringkat PhD; Skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) adalah satu contoh yang popular dalam kalangan penjawat awam.

Antara faktor penyumbang yang lain adalah disebabkan peluang yang banyak terbuka untuk melanjutkan pengajian ditawarkan oleh universiti awam dan swasta, juga dapat meningkatkan keyakinan diri melalui pengalaman membuat penyelidikan PhD, lebih-lebih lagi apabila berjaya menggenggam segulung ijazah PhD.

Antara aktiviti yang melibatkan pelajar pascasiswazah.

Konsep diri kita akan berubah dan cara berkomunikasi pun seharusnya adalah lebih baik, dan orang ramai akan lebih bersedia melihat/mendengar saranan daripada mereka-mereka yang mempunyai PhD,” katanya.

PENINGKATAN PASCASISWAZAH

Baru-baru ini seramai 535 pelajar ditawarkan untuk mengikuti program pascasiswazah Doktor Falsafah (PhD) dan Ijazah Sarjana secara penyelidikan dan kerja kursus di UMS bagi Semester 2, 2018/2019.

Sehingga 11 Februari 2019, seramai 305 pelajar telah berjaya mendaftar sejak pendaftaran dibuka pada 9 Februari 2019 dan jumlah tersebut dijangka akan terus bertambah sehingga tarikh akhir pendaftaran pada 28 Februari 2019.

Data kemasukan pelajar di peringkat Pasca siswazah (sarjana dan PhD) UMS.

“Antara yang sudah mendaftar ialah 88 calon pelajar PhD dan 112 pelajar ijazah sarjana bagi mod penyelidikan, manakala 105 orang lagi adalah pelajar Pusat Luar UMS (PLUMS) yang mengikuti pengajian peringkat sarjana secara kerja kursus.

“Program-program yang ditawarkan di UMS boleh menjadi salah satu sandaran kepada mereka yang bekerja untuk meningkatkan kecemerlangan karier masing-masing.

“Ini terbukti apabila terdapat kalangan alumni pascasiswazah UMS yang berjaya mendapat kedudukan jawatan yang lebih baik berbanding ketika sebelum mengikuti pengajian pascasiswazah sama ada di bidang kedoktoran mahu pun sarjana,” katanya lagi.

Antara aktiviti luar kampus bersama pelajar pascasiswazah UMS.

SKIM BANTUAN PASCASISWAZAH

Prof Arsiah memaklumkan, UMS turut menawarkan skim bantuan sebagai dana bagi meringankan beban kewangan pengajian.

Skim Bantuan Pascasiswazah (SBP) adalah skim bantuan kewangan yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar Sarjana dan PhD (secara penyelidikan) yang mendaftar secara sepenuh masa. Dua skim ditawarkan iaitu iaitu Skim Pembantu Pengajar (SPP) – ditawarkan kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia. Bantuan kewangan meliputi yuran pengajian, elaun bulanan dan yuran viva-voce. Penerima bantuan ini dikehendaki terlibat dengan aktiviti pengajaran / pentadbiran di Fakulti masing-masing untuk beberapa jam seminggu.

“Manakala yang kedua adalah Skim Yuran Pelajar Antarabangsa (SYPA) – ditawarkan kepada pelajar-pelajar antarabangsa yang meliputi bantuan yuran pengajian dan yuran viva-voce.

Pemohon perlu melalui proses tapisan dokumen dan temuduga dan dikehendaki menandatangani dokumen perjanjian dengan pihak universiti,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...