> > Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong telah dibuka - JPA
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong telah dibuka - JPA
BERNAMA Isnin | 18 Februari 2019

PUTRAJAYA - Sebanyak 12 biasiswa ditawarkan menerusi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong sesi pengajian 2019/2020 yang kini dibuka untuk permohonan sehingga 15 Mac ini.

Dalam kenyataannya hari ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata biasiswa yang masing-masing enam untuk peringkat sarjana dan doktor falsafah tersebut adalah bagi calon dalam bidang pengajian sains dan teknologi, ekonomi, undang-undang dan kewangan Islam.

Pemohon boleh mengisi borang dalam talian menerusi http://esilav2.jpa.gov.my dan tarikh akhir bagi mengemukakan permohonan ialah pada 15 Mac, demikian menurut kenyataan itu.

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA)

Menurut kenyataan itu, biasiswa terbuka kepada warga Malaysia berusia tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian dengan keutamaan kepada mereka yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) sekurang-kurangnya 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf di peringkat sarjana muda atau sarjana.

Keutamaan juga diberikan kepada calon yang mempunyai keupayaan luar biasa seperti penguasaan pelbagai bahasa, kebolehan istimewa, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif serta telah mendapat tawaran atau memulakan pengajian di universiti penyelidikan tempatan atau universiti terkemuka di dunia, katanya.

"Calon-calon yang layak dan berjaya disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temu duga,” demikian menurut kenyataan itu.

JPA berkata penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong adalah terikat untuk berkhidmat di Malaysia sekurang-kurangnya lima tahun.

"Penerima biasiswa yang telah menamatkan pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanah air selepas tamat tempoh tajaan," katanya.

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berkenaan boleh melayari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau menghubungi talian 03-8885 3546/3053/3438 pada setiap hari bekerja mulai 9 pagi hingga 5 petang atau emel kepada [email protected]. -- Bernama

Foto UMS


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...