> SUKIPT > Liga Ragbi Malaysia 2019, Poly Mas Hornets idam kedudukan terbaik Malaysia Division 1
Liga Ragbi Malaysia 2019, Poly Mas Hornets idam kedudukan terbaik Malaysia Division 1
MOHD SHAFIE OSMAN Khamis | 21 Februari 2019

Pasukan Ragbi PolyMas Hornets bermula garang di awal saingan Liga Ragbi Malaysia (MRL) 2019 Division 1 dengan membelasah Juara Liga Division 1 2017, Silver Gaurus RC dengan mata 80-3. Mendahului 47-3 pada separuh masa pertama PolyMas Hornet terus mengasak pasukan lawan dengan menambah mata demi mata sehingga tamat masa perlawanan.

Pasukan Ragbi PolyMas Hornets berada di landasan yang betul bagi memastikan slot mereka bagi saingan utama Liga Premier tahun hadapan mampu direalisasikan. Pasukan ini bertekat untuk mencatatkan kemenangan kedua liga menentang KL Tigers pada 23 Febuari 2019 nanti di Padang Ballemey, Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Ketua Jurulatih, Mohd Shafie Osman optimis dengan barisan pemainnya kerana pada tahun ini pasukan lebih bersedia dengan membuat persiapan awal bermula Januari lalu dengan memantapkan pengurusan pasukan dan membuat pemilihan pemain serta beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum kempen Liga Ragbi Malaysia bermula.

Antara aksi pemain Pasukan Poly Mas Hornets bagi mengatasi halangan pemain lawan.

Sebanyak lapan pasukan akan berentap bagi merebut kejuaraan dalam Division 1 MRL yang mana dijangka akan menyajikan aksi yang berkualiti berbanding edisi sebelumnya. Pasukan PolyMas Hornets diletakkan dalam Kumpulan C bersama Silver Gaurus, Blackhawk dan KL Tigers manakala Cobra, Polis Bersatu, ATM JLJ dan Edwardian Tigers dalam kumpulan D.

“Pasukan ini terdiri daripada gabungan pemain muda di kalangan pelajar politeknik , pemain senior dan alumni politeknik seperti Muhamad Hakim Abu Hassan, Mohd Faridzal Ismail, Mohd Syabil Laila, Mohd Hakimi Ismail, Sufi Mustaqim Othman serta Mohamad Nor Adol selaku ketua pasukan serta diperkuatkan dengan tiga orang pemain import kelahiran Fiji. Saya akui mereka semua dalam keadaan terbaik dan tidak mengalami sebarang kecederaan dan akan memberikan kelebihan kepada kami untuk memburu kemenangan pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Pasukan Poly Mas Hornets Bergambar sebelum memulakan perlawanan.

Mohd Shafie berkata, selain memantapkan barisan pemain, kami juga telah mendapat khidmat Ketua Jurulatih bawah 19 tahun kebangsaan iaitu Mohamad Nazeer Mohamed Nesharah bagi memperkuatkan barisan backline dan Mohd Zamani Rosli dari DBKL sebagai jurulatih Foward.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...