> > MPP bersama pelajar Politeknik Melaka santuni masyarakat Orang Asli
MPP bersama pelajar Politeknik Melaka santuni masyarakat Orang Asli
NURUL FATEHA MD SANDOLLAH Jumaat | 22 Februari 2019

MELAKA - Seramai 50 pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta 3 pegawai dari Politeknik Melaka dengan kerjasama butik Minaz telah menjalankan aktiviti sukarelawan khidmat masyarakat yang berlangsung di Kampung Orang Asli Bukit Payung, Alor Gajah, Melaka.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan semasa program ini berlangsung, antaranya perkongsian ilmu kejuruteraan dan kewangan, menaiktaraf kemudahan balai raya kampung, mengadakan pertandingan memasak serta acara sukaneka untuk anak-anak Orang Asli. Selain itu juga, komuniti Orang Asli juga turut mengadakan demo dan mengajar para peserta cara menganyam dan menyumpit.

Para peserta merakam kenangan bersama kanak-kanak Orang Asli.

Menurut Yang Dipertua Majlis MPP Politeknik Melaka, Mohd Karma Hakim Luk’man program ini merupakan salah satu cabang Social Innovation Programme (SIP) bersama–sama agensi korporat kepada komuniti orang asli di Alor Gajah, Melaka.

Melalui program seperti ini ianya dapat mengeratkan lagi ukhuwah dan hubungan di antara para pelajar politeknik dan komuniti Orang Asli. Selain itu juga, ia dapat memberikan pendedahan kepada para peserta untuk lebih dekat dan memahami gaya hidup dan budaya masyarakat Orang Asli serta mempromosikan Politeknik Melaka kepada komuniti Orang Asli di Alor Gajah.

Para peserta belajar membuat hasil kraf.

Program seperti ini juga memberikan peluang kepada pelajar Politeknik Melaka dalam mengaplikasikan dan berkongsi kemahiran yang telah di pelajari dengan lebih optimum kepada masyarakat Orang Asli. Bukan itu sahaja program ini sedikit sebanyak dapat menjadikan para peserta yang terdiri dalam kalangan pelajar untuk sentiasa mempunyai rasa dan semangat kesukarelawan.

Salah satu aktiviti yang dijalankan bersama masyarakat Orang Asli.

Majlis perasmian penutup telah dirasmikan Mohd Ariffin Aman, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Melaka. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Jakoa, Azmi Sukene.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...