> > Majlis Graduasi untuk ibu bapa kali ini sangat unik dan mengharukan
Majlis Graduasi untuk ibu bapa kali ini sangat unik dan mengharukan

KUALA LUMPUR - Jika biasanya mahasiswa atau anak-anak yang naik ke pentas untuk menerima skrol atau sijil, kali ini ibu bapa pula yang berbuat demikian apabila 84 orang ibu dan bapa diraikan dalam Majlis Graduasi Kali Pertama Impak IKRAM di Kompleks Sukan Dato' Keramat, Kuala Lumpur.

'Impak' bersinonim dengan, 'Ibu bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak-anak' adalah modul keibubapaan yang bertujuan membantu ibu bapa menguasai teknik yang sesuai dalam mengatasi masalah pembelajaran dan sahsiah anak-anak. Modul ini telah dijalankan selama tiga bulan dari September 2018 hingga ke Februari 2019 oleh Jawatankuasa Wanita IKRAM enam kawasan di Kuala Lumpur.

Para graduan dalam sesi Majlis Graduasi Impak Ikram.

Sungguh unik dan mengharukan apabila melihat anak-anak meluru ke hadapan pentas untuk mengambil gambar ibu bapa mereka menerima sijil dengan berpakaian jubah graduasi. Keadaan yang berbeza dari kebiasaan ibu bapa yang meluru ke hadapan untuk merakamkan detik manis anak-anak.

Menurut adik Nur Syaqeera Farhana Musdy dari Jelatek, dia bersyukur melihat ibunya, Rustaza Mohd Nor menerima sijil ini. Ibunya telah menyediakan ruang belajar yang khusus untuk mereka di rumah dan memperbaiki cara mendidik anak-anak.

Bagi adik Siti Amira Afiqah Asmadi dari Bandar Tun Razak pula, ibunya Siti Aminah Jusoh menjadi seorang ibu yang tegas tetapi lembut semasa memberi nasihat kepada mereka.

Adik Mohd Hakim Mikael Mohd Hasan dari SK Seri Permaisuri pula berasa amat berbangga kerana ibu bapanya bersemangat untuk menjadi ibu dan bapa yang baik. Baginya lagi, program ini telah meningkatkan skil keibubapaan mereka.

Anak-anak teruja mengambil gambar ibu bapa mereka.

Wakil graduan, Tuan Haji Abdul Latif Abu Hasan dari Titiwangsa pula selain gembira dan berterima kasih, beliau juga berharap hubungan dengan JK IKRAM berterusan dengan tambahan aktiviti untuk anak-anak kecil dan remaja mereka.

Majlis Graduasi ini dirasmikan oleh Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Titiwangsa selaku wakil Ahli Parlimen YB Dato’ Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar yang menghadiri urusan rasmi kerajaan di Kelantan. Zamri mengucapkan tahniah kepada pengarah Impak IKRAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Fariza Said Hassan di atas kejayaan modul ini. Beliau mendapati, majlis graduasi ini wajar untuk meraikan ibu bapa yang komited terhadap pembinaan sahsiah anak-anak dan remaja.

Turut hadir adalah Ketua Wanita IKRAM Pusat, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh, Yang Dipertua IKRAM Kuala Lumpur, Tuan Haji Zainal Adnan Abdul Halim, Ketua Wanita IKRAM Kuala Lumpur, Hajah Siti Zaiton Abdul Aziz, serta tetamu-tetamu kehormat dari wakil Gabungan Bertindak Malaysia dan Tamil Foundation yang merupakan pengasas program IMPAK di Malaysia sebelum ini.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...