> > Mahasiswa perlu sertai program kesenian
Mahasiswa perlu sertai program kesenian
WARTAWAN KAMPUS UOLS Isnin | 25 Februari 2019

SINTOK - Usaha memartabatkan seni budaya di Universiti Utara Malaysia (UUM) perlu disertai generasi muda bagi melahirkan pelapis yang memperjuangkan legasi keunikan budaya Malaysia menerusi program kesenian.

Justeru, Pusat Budaya dan Seni (PBS) UUM telah mengadakan program Organisasi Budaya Siswa (OBS) pada 22 Februari baru-baru ini yang bertujuan mencungkil bakat bakat baru mahasiswa yang ingin menceburi dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

Program yang bermula jam 8.30 malam itu diadakan di Dataran Budaya penuh sesak dengan kehadiran mahasiswa UUM yang meminati pelbagai skop-skop kebudayaan yang ditawarkan.

Tarian Dikir Ria yang licah amat menghiburkan.

PBS menawarkan lapan skop utama kebudayaan iaitu muzik, tarian, lukisan, apresiasi sastera, teater, nasyid, pengurusan teknikal dan juga pengurusan acara.

Sebanyak 13 kelab di bawah naungan PBS turut terlibat antaranya Kelab Penyiaran, Kelab Bidasari, Kelab Kewartawanan, Kelab Seni Lukis, Kelab Nasyid, Kelab Pencinta Filem, Kelab Estetika, Kelab Pendeta, Kelab Teater Warna, Kelab Muzik, Kelab Jahitan dan Masakan, Kelab Fotografi dan Kelab Bahasa dan Kebudayaan Jepun.

OBS membuka peluang mahasiswa UUM melibatkan diri dengan aktiviti di luar kuliah.

Menurut Pengarah PBS Huzaidy Hussain, program ini memberi peluang kepada mahasiswa baru di UUM mengenali PBS dengan lebih rapat di samping mengembangkan bakat mereka dalam bidang seni.

“Semua yang hadir adalah secara sukarela. Ini menunjukkan bahawa mereka betul-betul minat dalam bidang ini.

“OBS adalah antara platform bagi membudayakan kesenian di universiti ini, sekali gus memberikan impak kepada golongan sasar.

OBS medan tunjuk bakat.

"Usaha ini dilihat amat penting bagi membentuk satu pakej pembangunan seni budaya agar pelaksanaannya lebih mudah dipantau, mudah dipromosikan dan diikuti. Sehubungan itu, diharap usaha ini mendapat sambutan terutama dalam kalangan generasi muda," katanya.

Huzaidy turut memberi pujian kepada semua badan pelajar yang turut membantu dalam menjayakan program tersebut.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...