> > Kegigihan dan fokus kunci kejayaan Pesilat UPSI
Kegigihan dan fokus kunci kejayaan Pesilat UPSI
MOHD RAIZOL RAMLI, UPSI Isnin | 25 Februari 2019

TANJUNG MALIM - Pasukan Silat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meneruskan kehebatan apabila dinobatkan sebagai naib juara keseluruhan Kejohanan Silat Terbuka Institusi Pengajian Tinggi (IPT) & Jemputan Antarabangsa Taming Sari 9, 2019 bagi kategori IPT.

Penasihat Kelab Silat UPSI, Datin Wan Nurul Hidayu Wan Abdul Razak berkata, pasukannya itu berjaya mengumpul tujuh emas, dua perak dan lapan gangsa pada kejohanan yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini.

Katanya, kejohanan yang disertai seramai 30 atlet UPSI melibatkan lebih 20 buah IPT seluruh negara.

Sebahagian Pesilat UPSI merakam kenangan bersama-sama.

"Kejohanan itu juga memberi pendedahan kepada atlet melibatkan mahasiswa IPT lain dan memastikan prestasi atlet UPSI berada di tahap baik dan konsisten.

"Konsistensi atlet sentiasa menjadi perhatian kami dan sebagai persediaan, kami telah mengharungi kem selama 12 hari bagi memastikan semua peserta kekal dalam prestasi terbaik," katanya.

Wan Nurul Hidayu berkata, kegigihan dan fokus sentiasa menjadi keutamaan semasa latihan mahupun semasa pertandingan.

"Pasukan Pesilat UPSI menetapkan sasaran terbaik bagi penyertaan sukan Masum pada pertengahan tahun ini," katanya.

Pesilat UPSI merakam kenangan bersama-sama selepas mendapat naib kedua dalam kejohanan itu.

Dalam pada itu, Jurulatih Kelab Silat UPSI, Amir Kasturi berkata, pasukannya memulakan kem latihan seawal 8 pagi setiap hari yang melibatkan tiga sesi iaitu pagi, petang dan malam.

Katanya, selain daripada latihan di gelanggang dan bilik bebanan, pesilat UPSI turut menjalankan aktiviti jungle tracking dan berjalan lasak sejauh 10 kilometer.

"Saya berharap semua pesilat UPSI sentiasa bermotivasi tinggi untuk mencapai matlamat, meningkatkan dan mengekalkan disiplin yang tinggi, berani menghadapi lawan dalam pertandingan dan kreatif dalam setiap gerakan serta langkah yang diaturkan," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...