> KONVO > Majlis pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen MSU ke-24
Majlis pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen MSU ke-24
AHMAD IBRAHIM Rabu | 27 Februari 2019

SHAH ALAM – Majlis Konvokesyen Management & Science University (MSU) ke-24 menyaksikan sambutan penuh bermakna apabila 1,811 graduan telah menamatkan bidang pengajian masing-masing. Mereka terdiri daripada graduan peringkat pascasiswazah, ijazah sarjana muda dan diploma serta penganugerahan ijazah doktor kehormat dalam tiga sidang yang berlangsung baru-baru ini.

Majlis kali ini turut menjadi acara bersejarah apabila Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin telah dimasyhurkan sebagai Canselor ke-2, MSU. Pengalaman luas baginda dalam kepimpinan akan memacu peranan MSU dalam bidang pendidikan tinggi di Malaysia khasnya dan Asia amnya seiring dengan visinya iaitu Transforming Lives, Enriching Future.

Manakala Ijazah Doktor Kehormat dalam Pengurusan Pendidikan (Honorary Doctorate in Education Management) dianugerahkan kepada tokoh pendidikan Indonesia, Prof. Dr T. Chan Basaruddin, selaku Direktur Eksekutif Badan Akreditas Nasional – Perguruan Tinggi (Director of the Executive Board, National Accreditation Agency for Higher Education), Indonesia.

Pemahsyuran Canselor MSU.

Turut hadir pada Majlis Konvokesyen MSU ke-24 ialah Pro-Canselor, Tan Sri Datuk Seri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin; Presiden, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid serta Naib Canselor, Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid.

Secara keseluruhannya, seramai 63 graduan menerima ijazah Pascasiswazah, 1,171 graduan menerima ijazah sarjana muda dan seramai 577 graduan menerima diploma masing-masing pada majlis konvokesyen kali ini.

Turut diraikan ialah graduan sulung bagi enam program pengajian iaitu Bachelor in Islamic Management (Hons), Bachelor in Creative Video and Photography (Hons), Bachelor in Education (Visual Arts) (Hons), Diploma in Sport Science, Diploma in Patiserrie Arts dan Master of Clinical Pharmacy.

Manakala lima kategori anugerah khas kecemerlangan turut diberikan kepada 59 graduan atas pencapaian mereka dalam bidang pengajian masing-masing. Mereka adalah Anugerah Pingat Emas Canselor: Tengku Sarah Tengku Ahmad Zulkifli, Bachelor in Accountancy (Hons), Anugerah Presiden: Pavithra Pillay Mani, Bachelor of Education (Honours)-TESL dan Husna Abdul Rahman, Diploma in Culinary Arts. Manakala Chua Shang Ren, Bachelor in Computer Forensic (Honours) bakal menerima Mohd Shukri Yajid Outstanding Award dan 29 graduan masing-masing menerima Anugerah Akademik.

Salah seorang penerima Anugerah Presiden bergambar kenangan bersama keluarga.

Sementara itu, 26 graduan menerima Anugerah Industri melibatkan syarikat-syarikat korporat tempatan dan antarabangsa seperti MSU Medical Centre, Pharmaniaga Berhad, Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), Affin Islamic Bank Berhad, Top Glove Corporation Berhad, Celcom Axiata Berhad, Puncak Niaga Holdings Berhad, Menara Optometry Centre Sdn Bhd, Fonterra Brands Malaysia Sdn Bhd, Philips Malaysia Sdn Bhd, Acer Malaysia Sdn Bhd, Canon Medical Systems Sdn Bhd, Palace of the Golden Horses dan lain-lain.

MSU merupakan antara universiti terbaik di Malaysia dengan memfokuskan kepada penawaran program-program pengajian untuk melahirkan modal insan kompeten, holistik serta memenuhi keperluan global dan industri. Penerapan pembelajaran Alaf ke-21 dengan dilengkapi elemen keusahawanan telah memperkasakan kualiti graduan MSU.

Turut diadakan bersempena Majlis Konvokesyen ke-24, MSU ialah Homecoming Fiesta 2019 yang telah bermula pada 20 sehingga 24 Februari dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik khusus kepada para graduan, ibu bapa dan warga kampus.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...