> > UTM konsisten wujudkan kampus lestari guna telepod 'e scooter board'
UTM konsisten wujudkan kampus lestari guna telepod 'e scooter board'
BERNAMA Khamis | 28 Februari 2019

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus konsisten dalam mewujudkan kampus lestari dengan menjadi universiti pertama negara menggunakan Telepod 'e-scooter board' sebagai satu daripada alternatif pengangkutan baharu.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Dr Wahid berkata penggunaan skuter elektrik rendah tenaga dengan usaha sama pintar syarikat Telepod itu dapat membantu mengurangkan jumlah karbon yang terhasil daripada asap motosikal dan kereta di UTM.

Katanya, Telepod merupakan sebuah syarikat dari Singapura yang berasaskan kepada pengangkutan mesra pengguna.

"Kita sudah ada bas dan basikal elektrik, dengan penggunaan skuter elektrik Telepod ini kita dapat mengurangkan lebih banyak karbon dengan anggaran sebanyak 6.72 ton karbon setahun.

"Kita juga mahu menyahut inisiatif Matlamat Pembangunan Lestari (SGD) dan yakin dapat capai melalui usaha sama ini, kerana peranan universiti amat besar dalam membantu negara mencapai SGD untuk kelestarian masyarakat," katanya selepas merasmikan TELEPOD-UTM, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif TELEPOD, Jin Ni Gan.

Wahid berkata bagi fasa pertama, terdapat sebanyak 30 unit Telepod dan pelajar mahupun kakitangan boleh menggunakannya dengan memuat naik aplikasi Telepod.

"Penggunaan mudah dengan memuat turun aplikasi Telepod dan imbas kod, ia terus boleh digunakan dan 10 minit pertama adalah percuma, selepas itu perlu bayar hanya 30 sen untuk satu minit menerusi e-wallet," katanya.

Untuk peringkat awal, skuter elektrik itu akan diletakkan di sepanjang laluan pusat pentadbiran, yang boleh disewa menggunakan aplikasi Telepod. - Bernama.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...