> SUKAN > Kejohanan e-Sport Kolej Komuniti Negeri Perak
Kejohanan e-Sport Kolej Komuniti Negeri Perak
MOHD.TAZLI ABD.HAMID Khamis | 28 Februari 2019

GERIK - Kejohanan e-Sport Kolej Komuniti Negeri Perak 2019 ini adalah kejohanan sukan elektronik (e-sukan) yang julung kali diadakan di peringkat Kolej Komuniti Negeri Perak.

Kejohanan ini diadakan bagi menyahut seruan kerajaan Malaysia, Kementerian Belia & Sukan serta kerajaan negeri Perak khususnya dalam membangunkan e-Sukan. Kejohanan ini juga diadakan sebagai platform untuk menyerlahkan bakat pelajar-pelajar di dalam bidang e-sukan.

Kejohanan ini dilihat mampu menghasilkan pelajar-pelajar yang mantap dari sahsiah, keupayaan dan kepimpinan dalam melaksanakan apa jua aktiviti atau bidang yang diceburi ke arah melahirkan graduan Kolej Komuniti Malaysia yang mampu bersaing di era digital.

Peserta pertandingan eSPORT Kolej Komuniti Negeri Perak

Penyertaan diterima seramai 150 pelajar daripada 13 buah Kolej Komuniti Negeri Perak. Sebanyak 18 pasukan bertanding untuk acara Mobile Lengends dan 30 pasukan Playerunknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG). Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Bankuet Kompleks RTC Gopeng, Perak.

Kolej Komuniti Taiping menjadi Johan Kategori Mobile Legend manakala Kolej Komuniti Bagan Datuk melalui penyertaan Team Cheezy Johan untuk kategori PUBG. Johan pertandingan membawa pulang piala pusingan, sijil penyertaan dan hamper. Pengerusi Program Niza Asyadi Haji Hamzah, berkata objektif pertandingan itu ialah untuk melahirkan pasukan e-sukan Kolej Komuniti negeri Perak, ia juga sebagai platform utama untuk mencungkil bakat baru pelajar Kolej Komuniti dalam e-sukan.

Di samping itu pertandingan adalah medan serta peluang kepada pelajar untuk bersaing secara sihat di samping menjana pendapatan melalui e-sukan. Ia juga sebagai pendedahan konsep e-Sukan serta pembangunan komputer dan kejuruteraan teknologi maklumat (IT) dalam kalangan generasi muda,

Datuk Zainol Fadzi Haji Paharudin, bersama pemenang pertandingan eSPORT Kolej Komuniti Negeri Perak.

Selain itu katanya, ia menggalakkan peserta berfikir dan mencuba program berkenaan dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) untuk memenuhi konsep pembelajaran abad ke-21.

Perasmian penutup telah disempurnakan Penasihat Khas YAB Menteri Besar, Perak, Datuk Zainal Fadzi Haji Paharudin. Pertumbuhan industri eSukan terutama permainan digital dan mencatatkan pulangan memberangsangkan selain menjana kreativiti serta potensi diri golongan belia.

Kolej Komuniti Bagan Datuk Johan dan Tempat ke-3 kategori PUBG.

E-sukan mempunyai potensi yang luas dan ia bukan saja sekadar hobi, malah menjadi kerjaya yang sudah dibuktikan di peringkat antarabangsa. Ia juga boleh menjana pendapatan serta mewujudkan peluang pekerjaan baru yang menarik kepada golongan muda seperti peminat profesional permainan video, pengurus, jurulatih, pemasaran, penganalisis dan penganjur acara.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...