> SUKAN > UTHM sebagai pusat sukan tumpuan silat IPT
UTHM sebagai pusat sukan tumpuan silat IPT
FARHAWAHIDAH AHMAD PUAD, UTHM Khamis | 28 Februari 2019

UNIVERSITI Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dilantik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai Pusat Sukan Tumpuan Silat Institusi Pendidikan Tinggi pada 2010 sehingga kini bagi menjalankan aktiviti pembangunan dan kecemerlangan sukan silat di peringkat IPT Malaysia secara terancang.

Lantikan itu dibuat ketika berlangsungnya majlis pelancaran yang telah diadakan pada 20 Mac 2010 bertempat di The Zon Regency, Johor Bahru.

Pesilat Terbaik IPT Tempatan dan IPT Antarabangsa dalam Kejohanan Silat Antarabangsa 2018. (FOTO UTHM)

Universiti ini bertanggungjawab menguruskan program seperti penyediaan latihan pasukan, penganjuran dan penyertaan kejohanan, penyediaan kemudahan dan peralatan sukan serta program-program pembangunan kejurulatihan dan kepegawaian seperti kursus kejurulatihan, bengkel wasit juri meliputi teknikal dan pertandingan. Siri lawatan dan pameran juga turut dijalankan bagi mempromosikan sukan silat ini di pelbagai peringkat.

Pemilihan UTHM ini adalah berdasarkan kepada kemudahan yang sedia ada di IPT dan juga kekuatan sumber manusia seperti tenaga kepakaran, kejurulatihan, kepegawaian dan pengurusan tertinggi universiti yang sentiasa bersama-sama membantu dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagai sebuah Pusat Sukan Tumpuan Silat IPT ini.

Majlis Menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent – LOI) di antara UTHM dan Persekutuan Silat Melayu Nederland. (FOTO UTHM)

Pelbagai perancangan dan strategi telah dirancang dan disusun Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) seperti yang telah digariskan dalam Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT) yang bertujuan untuk melahirkan The Thinking Athlete dengan menyasarkan 30 peratus atlet negara terdiri daripada atlet IPT.

Bagi merealisasikan program pembangunan ini secara terancang dan mencapai matlamatnya, beberapa perkara utama telah pun dijalankan Pusat Sukan UTHM. Pengumpulan maklumat dan data atlet daripada setiap IPT sentiasa direkodkan dan dikemas kini bagi memastikan tiadanya keciciran atlet dalam program pembangunan sukan silat ini.

Selain itu, bagi memastikan aspek fizikal, teknikal, taktikal dan psikologikal dapat dijalankan secara berkesan, maka keperluan lantikan jurulatih adalah yang utama bagi memastikan pencapaian pasukan berada dalam kedudukan yang baik.

Perlawanan Kategori Silat Seni IPT, (FOTO UTHM)

Jurulatih akan merangka pelan pembangunan atlet berdasarkan kepada keperluan pasukan serta sasaran yang perlu dicapai di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Di antara latihan yang telah dijalankan Pusat Sukan UTHM yang berperanan sebagai penggerak Pusat Sukan Tumpuan Silat IPT adalah seperti latihan pusat pasukan Malaysia dalam Asean University Games (AUG) serta lain-lain kejohanan jemputan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Penganjuran Kejohanan Silat Antarabangsa UTHM yang telah memasuki edisi ke-9 berjaya menghasilkan mutu penganjuran yang terbaik. Medan yang telah menampilkan penyertaan daripada negara Indonesia, Vietnam, Thailand, Singapura, Yaman, Jepun, Belanda, Uzbekistan, Timur Leste, India, Bangladesh dan Brunei ini secara langsung telah menghimpunkan pesilat-pesilat terbaik untuk berentap dalam kejohanan berprestij ini.

Penganjuran kejohanan di pusat membeli-belah bagi mempromosikan sukan silat kepada masyarakat. (FOTO UTHM)

Bagi memperkasakan lagi peranan Pusat Sukan Tumpuan Silat ini, satu majlis menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent – LOI) telah dijalankan di antara UTHM dengan Persekutuan Silat Melayu Nederland. Ianya merupakan usaha bagi merancakkan lagi pembangunan silat di peringkat antarabangsa.

Pusat Sukan juga telah mengenal pasti sekolah-sekolah yang bergiat aktif dalam sukan silat di Negeri Johor. Bagi memastikan pembangunan sukan ini dapat dijalankan dengan lebih luas lagi, pendekatan Sekolah Angkat akan dilaksanakan dalam mewujudkan kerjasama dan perkongsian kepakaran latihan dan kejurulatihan kepada komuniti.

Pertandingan Silat Seni Asli Terbuka. (FOTO UTHM)

Jika suatu masa dahulu, IPT dikenali sebagai 'kubur atlet' tapi kini diharap usaha ini IPT mampu bangkit dengan segala perancangan dalam pembangunan sukan yang lebih strategik dan terancang.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...