> PERAK > Pensyarah UiTM Seri Iskandar kongsi kepakaran di universiti luar negara
Pensyarah UiTM Seri Iskandar kongsi kepakaran di universiti luar negara
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 28 Februari 2019

SERI ISKANDAR - Lima pensyarah Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak meneruskan jalinan usahasama dengan Institut Seni Budaya Indonesia (ISBI), Bandung, Indonesia sejak 2016 sehingga kini.

Jalinan usahasama yang dijalankan itu bagi memastikan bidang dan kepakaran seseorang itu sentiasa relevan serta disebarluas bagi membuktikan kepakaran mereka sering diiktiraf selain sentiasa menjadi rujukan dalam bidangnya.

Lima pensyarah Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UiTM Cawangan Perak bersama pensyarah-pensyarah UPJ.

Pensyarah Kanan Fakulti Senilukis dan Senireka UiTM Seri Iskandar, Dr Muhammad Abdul Aziz Ab Gani berkata, pihaknya menghantar lima pensyarah dari fakulti itu bagi program tersebut.

Katanya, kerjasama sebagai pakar rujuk dalam menaiktaraf silibus institusi tersebut kedua-dua institusi pengajian tinggi ini telah menandatangani Memorandum Persefahamaan (MoU) pada tahun 2017.

"Bertitik tolak dari situ, deligasi ini telah menerima banyak undangan dari institusi pengajian tinggi Indonesia untuk menjalinkan kerjasama yang lebih serius sehingga turut di jemput untuk mengajar subjek dalam bidang kepakaran masing-masing di Universitas Pembangunan Jaya (UPJ), Jakarta, Indonesia.

"Deligasi ini juga akan dijemput oleh beberapa universiti Asia yang lain seperti Nagoya University of Art, Jepun, Dhaka University, Bangladesh dan Srinakharinwot, Thailand," katanya.

Jelas Dr Muhamad Abdul Aziz berkata, jemputan itu sedikit sebanyak telah memberi pengiktirafan kepada pensyarah Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Perak dari sudut kepakaran dan dalam masa yang sama memberikan KPI kepada Universiti Teknologi MARA itu sendiri.

Dr Muhamad Abdul Aziz Ab Gani & Dr Nur Hisham menerangkan tentang prinsip rekabentuk dalam kelas.

Katanya, selain dari mengajar, deligasi dari UiTM Cawangan Perak ini turut diminta untuk memberi ceramah di forum akademik yang dihadiri oleh Rektor, wakil rektor serta pengurusan atasan UPJ disamping pelajar.

"Kami berharap ini satu permulaan yang akan menjadi pemangkin kepada pensyarah yang lain untuk turut menyumbang kepakaran dalam bidang masing-masing di universiti luar negara.

"Pengalaman ini merupakan satu pendedahan kepada kita sebagai ahli akademik berdepan dengan suasana yang agak berbeza dan sudah pasti ianya akan mematangkan kita," katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Jabatan Asas Seni, Muh Sarip Abd Rahman menyifatkan pengalaman mengajar diluar negara sebagai satu pengalaman yang baru dengan suasana yang baru dan ianya dapat meningkatkan tahap keyakinan serta pengetahuan disamping berkongsi kepakaran dengan rakan-rakan di sini.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...