> Penyelidik USM rawat hipertensi guna 5 herba cina
Penyelidik USM rawat hipertensi guna 5 herba cina

KUALA LUMPUR – Umum mengetahui ubat-ubatan menggunakan sumber herba semula jadi telah menjadi salah satu cabang perubatan yang diamalkan sejak beratus tahun lamanya, namun pernahkah kita mengkaji tahap keberkesanan sesuatu produk yang digunakan?

Penggunaan ubat-ubatan herba yang melalui proses penyelidikan saintifik adalah amat penting bagi memastikan kualiti dan kandungannya benar-benar memberi impak kepada proses rawatan, selain tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada kesihatan seseorang.

Senario berkenaan telah mencetuskan idea kepada sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) membangunkan inovasi ubat herba yang dikenali sebagai Multi-Pathway Anti-Hypertensive Agent: ABBT, khusus bagi merawat masalah hipertensi (tekanan darah tinggi) secara efektif dan selamat.

ABBT yang dihasilkan oleh penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Farmasi USM itu menggunakan ekstrak dari lima jenis herba cina termasuk tangerine peel, licorice, fuling, baizhu dan tianma.

Salah seorang penyelidik, Dr. Tan Chu Shan berkata, keistimewaan ABBT adalah dari aspek formulasinya yang melalui proses ujikaji berperingkat bagi memastikan ekstrak yang diambil dari herba yang digunakan berada pada tahap optimum, berkualiti dan selamat.

Katanya, berbeza dari ubat anti-hipertensi konvensional yang hanya menggunakan laluan tunggal, ABBT mampu memberi kesan ‘vasodilatory’ melalui pelbagai laluan (‘NO/sGC/cGMP cascade dan ‘PGI’) diikuti laluan ‘muscarinic’ dan saluran kalsium.

“Penemuan yang telah terbukti ini akan meningkatkan tahap suasana perubatan komplementari serta melonjakkan pertumbuhan industri perubatan berasaskan herba di Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketua penyelidik inovasi ABBT, Dr. Yam Mun Fei pula berkata, hipertensi adalah salah satu isu kesihatan utama yang boleh dikaitkan dengan pelbagai penyakit iringan di samping berisiko menimbulkan komplikasi pada buah pinggang/ginjal serta kardiovaskular.

“Walaupun ubat sintetik anti-hipertensi boleh diperoleh dengan meluas di pasaran, daya ketahanan pesakit terhadap ubat tersebut adalah terhad kepada kaedah monoterapi, di samping terdapat pelbagai laporan berkenaan kesan-kesan sampingan kaedah tersebut.

“Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan satu formula hipertensi baru yang mengaplikasikan teori kombinasi sindrom-penyakit perubatan tradisional kaum Cina,” katanya.

Tambah beliau, ujian makmal ABBT telah menunjukkan proses penurunan kadar tekanan darah yang efektif dalam masa seminggu, selain turut bebas dari sebarang kandungan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada organ-organ sampel ujian.

Inovasi yang memberi manfaat besar kepada pembangunan bidang perubatan herba ini telah sedia untuk dikomersialkan dan boleh didatangkan dalam pelbagai bentuk produk akhir termasuk kapsul, pelet, uncang teh, sachet dan perebusan (decoction).


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...