> > Nilai kreatif dalam perniagaan
Nilai kreatif dalam perniagaan
AZRUL BAHALUDDIN, UiTM Jumaat | 1 Mac 2019

Umumnya pemilikan tunggal, rakan kongsi, syarikat sendirian berhad dan perkongsian liabiliti terhad adalah jenis-jenis perniagaan yang diamalkan di Malaysia.

Kepelbagaian jenis perniagaan ini memberi peluang kepada pengusaha untuk mengenal pasti fokus jualan produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan kepada pengguna.

Melalui gabungan kemahiran dan keupayaan diri sendiri serta entiti perniagaan yang dibina, pengusaha pasti mengimpikan sebuah empayar perniagaan yang berupaya berkembang dan mampu bersaing di peringkat global.

Namun begitu setiap perniagaan pastinya mempunyai persaingan daripada pengusaha-pengusaha lain yang turut menawarkan produk atau perkhidmatan yang sama.

Disini bermulanya nilai kreatif dalam perniagaan yang perlu dipertimbangkan secara serius oleh pengusaha.

Kreativiti ini mampu mencipta kelainan ke atas jualan produk atau perkhidmatan yang sama.

Kelainan yang terhasil dari nilai-nilai kreatif akan menjadikan dua produk atau perkhidmatan yang sama berbeza di antara satu sama lain.

Nilai kreatif dalam perniagaan bukan sahaja merujuk kepada perancangan awal pembentukan sesebuah perniagaan, malah ia merangkumi keseluruhan proses perniagaan, bermula dari menentukan nama perniagaan, reka bentuk fizikal produk atau pakej perkhidmatan yang hendak diniagakan sehingga kepada kaedah pemasaran.

Tanpa prejudis terhadap kualiti produk atau perkhidmatan yang hendak diniagakan, nilai kreatif perlu diterapkan dalam setiap perancangan strategi perniagaan dan pelaksanaannya.

Sekiranya tanggapan terhadap nilai kreatif hanya berkepentingan kepada industri kreatif sahaja adalah sesuatu yang merugikan. Nilai kreatif dalam kesemua jenis perniagaan bukan sahaja membina imej dan jenama perniagaan yang tersendiri, malah ia turut memberi nilai tambah termasuk sebagai elemen tarikan pengguna serta mampu meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan dalam sesuatu perniagaan.

Memiliki pemikiran kreatif dalam perniagaan juga membantu mengenal pasti dan mengeksploitasi pelbagai peluang baru, membantu dalam penyelesaian masalah dan meningkatkan keupayaan produktiviti.

Industri makanan dan minuman segera antara contoh mudah untuk memahami penerapan nilai kreatif dalam perniagaan termasuklah dari aspek pemasaran mahu pun dari aspek reka bentuk premis.

Restoran makanan dan minuman segera seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), McDonald, Domino’s bukan sahaja dikenali di negara asal pengusahanya, malah telah menjadikan jenama mereka sebagai satu budaya popular diseluruh dunia termasuk di Malaysia.

Tindakan ini sewajarnya menerapkan nilai kreatif sebagai ejen pelengkap dalam sesebuah perniagaan untuk memberi manfaat yang menguntungkan pengusaha mahupun pengguna.

Oleh yang demikian, pengusaha yang melabur untuk mendapatkan perkhidmatan perundingan kreatif secara profesional adalah satu tindakan yang tepat dan relevan.

Hasilnya bukan sahaja menstabilkan imej jenama dan meningkatkan keuntungan bagi entiti perniagaan tersebut, malah nilai kreatif dalam perniagaan turut memberi kepuasan maksimum kepada pengguna.

*Penulis merupakan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...