> > Laluan khas kepada empat golongan bagi kemasukan Universiti Awam disediakan
Laluan khas kepada empat golongan bagi kemasukan Universiti Awam disediakan
BERNAMA Sabtu | 2 Mac 2019

KEMENTERIAN Pendidikan menyediakan laluan khas kepada empat golongan bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU), atlet, Orang Asli dan golongan berpendapatan rendah.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, dengan adanya laluan khas itu empat golongan berkenaan tidak perlu bersaing dengan kumpulan arus perdana untuk melanjutkan pengajian masing-masing.

Beliau berkata mereka hanya perlu memenuhi syarat khas yang ditetapkan oleh universiti yang dipilih dan hanya akan disaring dalam kalangan kelompok mereka sendiri sahaja.

Dr Maszlee (empat, kanan) meletakkan model kapal terbang sebagai simbolik perasmian 'Jom Masuk Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2019' di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM hari ini. Turut sama Naib Canselor UTHM Prof Dr Wahid Razzaly (tiga, kiri). FOTO: BERNAMA (2019)

"Bagi golongan OKU dan berpendapatan rendah ini, kita akan memilih yang terbaik di kalangan mereka, bagi masyarakat Orang Asli kita mahu lebih ramai yang melanjutkan pengajian di UA dan golongan atlet pula kita mahu melahirkan lebih ramai atlet kita yang berpendidikan di pusat pengajian tinggi.

"Kita laksanakan laluan khas ini kerana mencontohi beberapa negeri maju yang mengutamakan golongan berkenaan terutamanya golongan atlet kerana ramai yang memasuki universiti kerana penglibatan mereka dalam bidang sains sukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom Masuk IPT 2019 (JMIPT) Zon Selatan, di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, hari ini.

Dr Maszlee (kanan) menerima cenderahati daripada Naib Canselor UTHM Prof Dr Wahid pada 'Jom Masuk Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2019' di Dewan Sultan Ibrahim UTHM hari ini. FOTO: BERNAMA (2019)

Sementara itu semasa ditanya berhubung status cadangan penubuhan Universiti Muhammadiyah di Pagoh, beliau enggan mengulas lanjut mengenainya, dan berkata selain universiti berkenaan, terdapat beberapa juga universiti luar lain seperti di United Kingdom dan Jepun yang turut berminat untuk membuka cawangan dalam negara.

Dr Maszlee bergambar warga kerja, siswa dan siswi UTHM pada 'Jom Masuk Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2019' di Dewan Sultan Ibrahim UTHM hari ini. FOTO: BERNAMA (2019)

"Selain menerima permohonan daripada universiti luar negara kerana kos pengajian dan sara hidup yang murah, pihak kerajaan juga ada merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan serantau,” katanya. -- BERNAMA


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...