> > Tebang pokok bahayakan pengguna jalan raya
Tebang pokok bahayakan pengguna jalan raya
BERNAMA Isnin | 4 Mac 2019

PARIT BUNTAR - Kerajaan Perak mahu pokok, khususnya pokok kelapa yang membahayakan pengguna jalan raya, ditebang agar insiden yang meragut nyawa seorang penuntut kolej vokasional semalam tidak berulang.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri Abdul Yunus Jamhari berkata gesaan itu dibuat khususnya kepada penduduk di Kerian dan beliau akan menubuhkan jawatankuasa peringkat daerah bagi menebang pokok-pokok sedemikian.

"Untuk permulaan, sebanyak 100 batang pokok kelapa yang dikenalpasti mengancam keselamatan pengguna jalan raya akan ditebang secepat mungkin selepas mendapat kebenaran pemilik,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau itu kepada media selepas program Kemas kini Bantuan Sara Hidup 2019, di Kampung Tanjung Piandang, dekat sini, semalam.

Pada masa sama, beliau berkata langkah itu tidak bermakna penduduk boleh lepas tangan, sebaliknya mereka perlu sentiasa mengambil langkahmembersihkan serta menebang pokok yang didapati condong ke jalan raya.

Dalam kejadian kelmarin, seorang penuntut Kolej Vokasional Kerian, Mohamad Ridzuan Abdul Rani, 18, maut dihempap sebatang pokok kelapa yang tumbang ketika mangsa sedang menunggang motosikal di Kampung Parit Abas, Kuala Kurau. - Bernama.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...