> > Tak sangka, UTeM bukan saja IPT tapi juga ada tarikan pelancongan...
Tak sangka, UTeM bukan saja IPT tapi juga ada tarikan pelancongan...

PUSAT Edu-Pelancongan, Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mula membuka gerbang pelancongan di sini.

Selari dengan itu para pelancong dari dalam dan luar negara boleh mula menikmati pakej edu-pelancongan berkonsepkan'Learning is Fun di sekitar Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM, Profesor Dr Zulkifilie Ibrahim berkata, Edu-Pelancongan UTeM telah berada pada tahap sedia dipasarkan.

Dr Zulkifilie ketika berucap sempena Bengkel Penetapan Pakej Pelancongan bersama dengan MOTAC dan Tourism Malaysia. (FOTO UTEM)

Katanya, hasil dari lawatan tapak ke beberapa produk Edu-Pelancongan UTeM pada Januari lalu oleh Bahagian Pembangunan Pakej, Unit Pembangunan Pakej dan Acara, Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) telah memberikan lampu hijau agar Edu-Pelancongan UTeM boleh dipasarkan.

Berbasikal di sekitar kampus UTeM bagi menikmati keindahan flora antara pakej Edu-Pelancongan UTeM. (FOTO UTEM)

Jelas beliau, perkara ini turut telah diterjemahkan secara rasmi menerusi Bengkel Penetapan Pakej Pelancongan pada 25 dan 26 Februari lalu bersama dengan MOTAC dan Tourism Malaysia di sini.

“Produk Edu-pelancongan UTeM iaitu hasil penyelidikan UTeM diterjemahkan dan dipakejkan serta dipersembahkan secara santai, menarik dan berkualiti serta dapat memberi manfaat kepada masyarakat umum,” ujarnya.

Berkayak antara aktiviti yang diminati ramai dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara di kampus UTeM. (FOTO UTEM)

Sementara itu Pengarah Pusat Edu-Pelancongan UTeM, Profesor Madya Dr Haslinda Musa berkata, sewaktu bengkel berkenaan, beberapa pakej Edu-Pelancongan UTeM telah ditonjolkan menerusi demo antaranya aktiviti sukan dalam kampus seperti berkayak di tasik, mengayuh basikal, jungle tracking, flying fox.

Katanya, dalam majlis yang sama, turut dipersembahkan pertunjukan kebudayaan seperti tarian Melayu, silat dan gendang Cina di samping menyediakan peluang pemanduan kenderaan elektrik dan kayuhan beca elektrik ciptaan penyelidik UTeM di sekitar kampus.

Keunikan dan keindahan seni dan kebudayaan Melaka turut disajikan kepada pengunjung sewaktu bengkel bersama UTeM dengan MOTAC dan Tourism Malaysia baru-baru ini. (FOTO UTEM)

“Program-program tambahan lain yang disediakan seperti Kem Arduino Robotik, Kem LEGO Robotik, kursus Asas Pemasangan Solar, pengendalian dron dan aktiviti keusahawanan di samping pengisian kerohanian lengkap serta bermalam dalam kampus UTeM,” ujarnya lagi.

Dalam bengkel Edu-Pelancongan UTeM yang diadakan baru-baru ini turut disertai 16 agensi pelancongan terpilih yang mana para agen pelancongan ini adalah berpengalaman dalam mempromosi dan mengetengahkan produk-produk pelancongan berasaskan pendidikan di negara ini.

Rangkaian produk penyelidikan UTeM antara elemen yang turut ditonjolkan menerusi Edu-Pelancongan UTeM. (FOTO UTEM)

Pusat Edu-Pelancongan UTeM yang juga dikenali sebagai UTourism amat berbesar hati dengan kolaborasi dari Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri, MOTAC serta Tourism Malaysia dalam menjayakan aspirasi berimpak ini.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...