> > UUM Juara Battle Music Vaganza MAKUM
UUM Juara Battle Music Vaganza MAKUM
SAMSUDIN OLI MOHAMED Isnin | 4 Mac 2019

Kumpulan Kombo UTAMA Band, Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya menggondol gelaran Juara Battle Music Vaganza MAKUM yang diadakan pada 23 Februari lalu bertempat di Dataran Budaya.

Pertandingan yang berlangsung itu adalah anjuran PBS dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan bersempena Karnival Kebudayaan Kesenian dan Keusahawanan (3K) 2019.

Elemen muzik tradisional menjadi syarat pertandingan kali ini.

Kombo UTAMA Band yang diwakili oleh lapan pelajar itu berjaya menewaskan tujuh kumpulan dari Institusi Pengajian Tinggi dan seterusnya membawa pulang wang tunai RM800, trofi dan sijil. Selain itu Kombo UTAMA Band berjaya merangkul Anugerah Vokal Terbaik dan Anugerah Pemuzik Terbaik.

Manakala tempat kedua di sandang oleh Kumpulan Adikarma Production daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan ketiga dimenangi oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Mereka masing-masing berjaya membawa pulang wang tunai, trofi dan sijil.

Kombo UTAMA Band persembahkan susunan muzik yang lebih menarik.

Ketua Kombo UTAMA Band Muhamad Idhil Hassim berkata, pertandingan kali ini lebih mencabar dan dengan kejayaan ini memberi inspirasi kepada saya untuk terus memperjuangkan dan berkarya dalam bidang muzik.

“Di samping itu, pertandingan yang berprestij seperti ini sudah semestinya menjadi platform terbaik untuk UUM menempah nama di persada negara.

Para pemenang bergambar bersama tetamu VIP.

“Saya percaya semua peserta akan menjadikan pertandingan ini suatu pengalaman yang begitu berharga, kerana pertandingan ini sangat sengit dan saya yakin kejayaan ini adalah hadiah terbaik untuk kelab, PBS dan juga Universiti,” katanya.

Turut hadir menyampaikan hadiah ialah Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Datuk Abu Seman Awang.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...