> > Pelajar kolej vokasional meninggal dunia akibat kemalangan
Pelajar kolej vokasional meninggal dunia akibat kemalangan
MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID Isnin | 4 Mac 2019

BATU GAJAH - Seorang pelajar kolej meninggal dunia manakala adiknya mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan di persimpangan Jalan Pusing - Batu Gajah berhampiran stesen minyak, di sini, tengah hari semalam.

Mangsa, Mior Afiq Aiman Mior Ahmad Najmi, 20, pelajar Kolej Vokasional Seri Iskandar meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Batu Gajah manakala adik lelakinya, Mior Hasnul Haziq, 14, dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, bagi menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12.20 tengah hari melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda yang naiki mangsa bersama adiknya dan sebuah kereta jenis Proton Waja di pandu wanita berusia 46 tahun.

"Siasatan awal mendapati, pemandu kereta berkenaan dari rumahnya hendak ke Pusing dan apabila hendak keluar simpang untuk membelok ke kanan, tiba-tiba motosikal ditunggang mangsa bersama adiknya dari arah Pusing telah melanggar bahagian kanan kereta.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa dan adiknya mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Batu Gajah bagi menerima rawatan, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagaimanapun, menurut Ahmad Adnan, Afiq Aiman disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika menerima rawatan.

"Punca kemalangan disebabkan pemandu kereta berkenaan disyaki telah keluar simpang dengan tidak berhati-hati semasa mangsa dan adiknya berada di jalan lurus hingga melanggar bahagian kanan kereta.

"Wanita berkenaan telah ditahan bagi mendapatkan sampel darah bagi ujian kimia dadah dan alkohol dan dia kemudiannya telah diberikan jaminan polis sehingga 3 April ini," katanya.

Menurut Ahmad Adnan, hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 3.30 petang mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di dada dengan konsisten dengan kemalangan jalan raya.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengankutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut diteruskan," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...