> > UTeM, JobMalaysia terus mempergiatkan inisiatif tingkatkan kebolehpasaran graduan
UTeM, JobMalaysia terus mempergiatkan inisiatif tingkatkan kebolehpasaran graduan

UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus menjalankan pelbagai inisiatif dan strategi bagi meningkatkan peratusan kebolehpasaran graduan universiti ini bagi pasaran tempatan dan juga antarabangsa.

Selari dengan itu antara inisiatif yang dilaksanakan oleh Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UTeM adalah dengan pelbagaikan pengisian bersama dengan JobsMalaysia.

Pengarah Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan, Dr. Khairuddin Osman berkata, JobsMalaysia antara cabang yang boleh membantu dalam menyediakan medan mendapatkan pekerjaan kepada para mahasiswa serta graduan di samping latihan industri menerusi siri Karnival Kerjaya yang telah berjaya dilaksanakan sebelum ini.

Katanya, antara lain UTeM bersama dengan JobsMalaysia serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan menjayakan program Mapping yang membuka ruang yang lebih luas antara tiga pihak yang melibatkan pihak industri.

“Program Mapping yang dirancang akan berfungsi sebagai kerja sambilan yang mengambil tempat pada waktu cuti semester universiti bermula daripada semester pertama pelajar sehingga Latihan Industri di mana pelajar akan diberi pendedahan dengan lebih awal berkenaan dengan latar belakang industri sehinggalah pelajar mendalami bidang kejuruteraan secara menyeluruh,” ujarnya lagi sewaktu perbincangan dengan pihak JobMalaysia baru-baru ini.

Sementara itu, wakil dari JobsMalaysia Centre Melaka, Zunita Othman mengulas lanjut sewaktu temu bual tersebut menyatakan bahawa kerjasama bersama UTeM telah melangkah jauh menerusi pelbagai perkongsian berimpak.

"JobsMalaysia sentiasa mengekalkan hubungan baik di antara UTeM dan JobsMalaysia di samping membantu para mahasiswa dalam memberikan pandangan dan penerangan lanjut berkaitan fungsi industri-industri kepada mereka yang akan menamatkan pengajian kelak,” katanya.

Perbincangan strategik berkenaan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Samsung IoT, Kampus Teknologi UTeM, Ayer Keroh, Melaka melibatkan antara pihak Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan UTeM bersama wakil dari JobsMalaysia.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...