> > Lebih 2,000 serbu syarikat, majikan di Karnival Kerjaya UMK
Lebih 2,000 serbu syarikat, majikan di Karnival Kerjaya UMK
WARTAWAN SINAR HARIAN Selasa | 5 Mac 2019

KOTA BHARU - Lebih 2,200 penuntut dan pengunjung menyerbu 33 syarikat serta majikan pelbagai industri untuk mendapatkan pekerjaan sempena program Karnival Kerjaya Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang berlangsung di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, di sini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Zaliman Sauli, karnival ini merupakan medan pendedahan kepada para mahasiswa, graduan dan awam terhadap peluang kerjaya dan aspek-aspek penting yang berkaitan.

“Penganjuran ini juga membolehkan mahasiswa UMK yang masih menuntut untuk mendapatkan info dan peluang pekerjaan serta mendapatkan penempatan latihan industri yang bersesuaian dengan minat dan kemahiran merujuk kepada program pengajian masing-masing.

“Manfaatkanlah peluang dan ruang yang tersedia sepanjang karnival ini semaksimum mungkin untuk memenuhi kerjaya anda dan secara tidak langsung masyarakat luar dapat mengenali UMK dengan lebih dekat lagi,” katanya pada majlis perasmian Karnival Kerjaya UMK 2019.

Karnival Kerjaya ini adalah inisiatif Seksyen Kaunseling, Kerjaya dan Alumni (SKKA), Bahagian Hal Ehwal Pelajar UMK dengan kerjasama JobsMalaysia Negeri Kelantan bagi menyediakan peluang pekerjaan daripada industri dan syarikat bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dalam sektor masing-masing.

Program julung-julung kalinya diadakan ini turut membabitkan pelbagai agensi lain seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan menyediakan kemudahan perkhidmatan pendaftaran syarikat untuk orang awam.

Zaliman berkata, karnival ini juga merupakan platform kepada pengunjung untuk mendapatkan input termasuklah syarat minimum, kelayakan, laluan kerjaya, insentif dan sebagainya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...